Ramadan istimewa di Crowne Plaza Mutiara KL
Oleh: ROSLI MANAH
Amalan berbuka puasa di hotel bersama keluarga menjadi amalan keluarga yang tinggal di bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Yang baiknya, ia mampu menjalinkan ikatan yang lebih mesra di kalangan anggota keluarga.
Kesibukan si ayah dan ibu bekerja kadang-kadang membuatkan mereka jarang ada masa bersama anak-anak. Inilah masa untuk bersama mereka. Ada juga yang menjamu rakan-rakan berbuka puasa.

Juadah istimewa Chef
Planters Inn Restaurant, Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur menyediakan aneka juadah berbuka puasa dengan turut menyelitkan unsur 1 Malaysia. Gabungan masakan Melayu, India, Cina dan antarabangsa menjadi pilihan mereka.
Mereka memulakan judah istimewa bermula 20 Ogos higga 19 September dengan bayaran RM95++ untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
Executive Chef, Rahim Awang berkata, juadah mereka mencecah lebih 200 jenis termasuk Kerabu Kerang, Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Kerabu Aneka Makanan Laut, Kerabu Perut, Jelatah dan lain-lain.
Tidak ketinggalan Rendang Puyuh Pak Sahar, Soto Ayam, Bubur Lambok, Ayam Masak Merah, Rendang Kambing, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Pucuk Paku Masak Lemak, Daging Rendang, Udang Galah Masak Lemak, Kambing Kurma, Ikan Bakar, Tumis Udang Daun Kunyit, Ayam Kuzi, Daging Salai Masak Lemak dengan Pucuk Ubi, Daging Mesamah, Rendang Tok, Sayur Dalcha Mangga Muda, Ikan Asam Pedas Johor, Kepah Tumis Bercili dan lain-lain.

Kepah Tumis Bercili
Bulan puasa tak sah kalau tak ada pemanis mulut yang biasanya dijamah sebagai pemula. Kuih tradisional Melayu, cookies dan bubur antaranya Kuih Kochi, Agar Agar, Pulut Panggang, Pengat, Tepung Pelita, Puteri Berendam, Batang Buruk, Tapai Pulut, Tapai Ubi, Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pengat Labu, Pengat Pisang Bersago, Puding Buah dan lain-lain disajikan.

Ikan Asam Pedas Johor
Sementara itu, hotel tersebut juga membuka tempahan untuk membuat majlis berbuka puasa dan hari terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan tetamu sekurang-kurangnya 30 orang. Dekorasi khas untuk mengindahkan lagi majlis ditawarkan.
Pakej tersebut berjalan sepanjang Ramadan dan untuk hari terbuka Hari Raya Aidilfitri pula bermula 20 September hingga 19 Oktober. Untuk tempahan berbuka puasa boleh hubungi Planters’ Inn Restaurant di talian 03-2148 2322 sambungan 3820 atau 3821.

Udang Galah Masak Lemak
Saji Online berpeluang menikmati preview juadah berbuka di Crowne Plaza baru-baru ini. Kebetulan hari itu sibuk di pejabat sehingga tak sempat nak menjamah makanan. Selepas selesai mesyuarat, ada pula perjumpaan tergempar.

Pengat Pisang Bersago
Kiranya semasa ke sana perut sudah kosong dan ada perasaan macam orang sedang berpuasa. Apabila masuk ke Planters Inn, terasa macam menghadiri majlis berbuka puasa sebab krewnya mengenakan seragam baju Melayu yang bakal mereka kenakan sepanjang Ramadan nanti.
Makan pun ikut stail berbuka puasalah. Banyak sungguh pilihan makanan sehingga tak tahu mana satu yang mahu dipilih. Jadi kalau anda ada perancangan untuk membawa keluarga atau berhimpun bersama kawan-kawan bagi berbuka puasa, apa kata singgah ke Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur.

| < Prev | Next > |
|---|




