1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Koleksi Saji: Biskut & Kuih-Muih Serta Lauk-Pauk

PDF Print E-mail

Oleh : ROSMARLINDA KAMARUDIN

Image
Biskut Terkini


“Memasak bukan sekadar mengikut arahan resipi dan langkah-langkah yang diberikan. Tanpa ilmu dan seni memasak, hasil sajian pasti akan berbeza rasanya. Memasak dilakukan dengan tujuan untuk merasai dan menikmati akan kelazatannya dan bukan sekadar untuk ditatap begitu saja. Itulah indahnya seni memasak..!

”. (Noor Joha Ahmad – Pengarang Saji)


 Inilah masa yang dinanti-nantikan! Akhirnya… Majalah Saji berjaya melahirkan buku masakan kompilasi pertama Saji dengan usaha dan kerjasama bersama Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,  bagi menerbitkan buku kompilasi ini.   Koleksi resipi ini setidak-tidaknya dapat dikaryakan dalam bentuk yang lebih baik dan dapat dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada peminat setia Saji. 

Buat permulaan ini kami terbitkan dua buah buku koleksi Saji yang terdiri daripada himpunan resipi biskut dan kuih-muih serta himpunan  koleksi  lauk-pauk . Ia sesuai dijadikan panduan bagi mereka yang gemar ke dapur. Bagi mereka yang baru belajar pun, dialu-alukan mencuba resipi Saji ini. 

Koleksi biskut Saji ini terdiri daripada pelbagai resipi biskut terkini dan popular sepanjang tahun. Terdapat 45 jenis resipi  biskut yang terpilih antaranya biskut casablanca, sandwic  strawberi, kacang berempah, kismis hazel, kisses, rasberi, florentine, oat ranggup dan prun. Sedapkan…! Itu baru sebahagiannya aja…!

Koleksi Kuih Muih pula, juga terdiri 45 jenis resipi gabungan kuih tradisonal dan moden.  Pelajari teknik membuat baulu beras, kuih belimbing, apam belanda, belebat permata, gerogoh ubi kayu, baklava dan parfait kiwi bergajus. Ia cukup mudah disediakan asalkan anda ada kemahuan untuk mencubanya.
Himpunan lauk-pauk  juga tidak kurang hebatnya. 

Image
Koleksi Lauk-Pauk

Juga terdapat 45 himpunan resipi lauk-pauk yang dibahagikan kepada lima kateogori antara himpunan resipi masakan ayam, daging, ikan, makanan laut dan sayur.  Pernah anda merasai keenakkan pecal ikan keli, rebung kerisik, pajeri epal hijau, daging pekasam gulai kesum dan kerapu rendang asam? Jika belum, masih belum terlambat untuk anda memiliki buku koleksi Saji ini.


Harga untuk buku koleksi Saji: Biskut & Kuih-Muih cuma RM35 dan Koleksi Himpunan Lauk-Pauk RM38. Harganya cukup berpatutan! Bagi mereka yang ingin mendapatkan koleksi Saji ini bolehlah mendapatkan maklumat dengan melayari www.mybooks.com.my atau boleh terus menhubungi Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd di talian 03-92856577 untuk sebarang pertanyaan.

Image
Salah satu Masakan Istimewa Koleksi Lauk-Pauk

 

Comments (7)Add Comment
0
ok....
written by ayu, November 16, 2008
ok lah tu.....just all the best
0
...
written by aneesa, November 27, 2008
bleh tak share resepi ayam panggang madu.. saya suka makan ayam yg kat ayamas 2 tapi xreti nak buat sndiri laa.. tq smilies/kiss.gif
0
bahan-bahan resipi
written by NARIEZ, December 14, 2008
kalau ada resepi gulai daging pekasam kan best.. boleh tak kongsi
0
nak masak
written by annyss, January 03, 2009
nak masak mcm2 tp tkut air tgan tak sedap laa smilies/wink.gif
0
nothing
written by wawa, January 22, 2009
sy nk tau resepi daging masak pindang boleh x?? smilies/cheesy.gif
1246
lain-lain biskut
written by noraini karim, March 18, 2009
sharelah lain-lain biskut yang mengancam, raya dah nak dekat ni,boleh la nanti kite cube ek smilies/wink.gif smilies/cheesy.gif
0
nk jgk resepi
written by sunanmikael, April 03, 2009
smilies/smiley.gif leh x bgi kite resepi kuih-kuih dan lauk....mikael ni bru nk blaja

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk