Saji Online - Hidangan Kek
  1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Kek Span Jem

 

Bahan-bahan A:

75 gm tepung

1/4 sudu teh serbuk penaik

25 ml air sejuk

25 gm ovalette

3 biji telur sejuk

70 gm gula hangus

 

Bahan-bahan B:

85 gm mentega

1 sudu teh esen vanila

 

Bahan C:

20 gm chocolate rice

3 sudu besar jem strawberi

 

Cara menyediakan:

1.  Pukul kesemua bahan A dalam sebuah bekas. Ketepikan.

2.  Pukul kesemua bahan B dalam bekas yang berasingan. Ketepikan.

3.  Barulah campurkan kesemua bahan A dan B. Kacau sebati.

4.  Masukkan chocolate rice dan gaul rata.

5.  Sudip adunan ini ke dalam acuan-acuan kecil.

6.  Bakar pada suhu 170 darjah Selsius selama 30 minit.

7.  Apabila kek sudah masak, keluarkan daripada acuan dan sejukkan.

8.  Sementara itu, panaskan jem strawberi.

9.  Tuangkan cairan jem strawberi ini ke atas kek.

10. Bolehlah dihidangkan sewaktu minum petang.

Kek Prun Coklat



Bahan-bahan:

250 gm mentega
1 mangkuk gula halus
1 mangkuk tepung naik sendiri
5 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
1 tin buah prun tanpa biji
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil esen vanila
1/2 mangkuk serbuk coklat
2 sudu besar serbuk kopi
Air panas secukupnya
Sedikit marjerin
250 gm chocolate fudge

Cara menyediakan:

1.  Pukul kuning telur. Ketepikan.
2.  Cairkan serbuk coklat dan serbuk kopi dengan air panas.
3.  Biarkan ia sejuk seketika.
4.  Masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati.
5.  Kisarkan buah prun. Ketepikan.
6.  Pukul mentega hingga tidak bergentel.
7.  Kemudian, masukkan gula halus dan pukul hingga sebati.
8.  Masukkan kuning telur, pukul lagi hingga kembang.
9.  Masukkan susu pekat dan teruskan memukulnya.
10. Kemudian, masukkan tepung berselang-seli dengan putih telur.
11. Sambil itu, terus kacau adunan ini.
12. Masukkan pula susu cair.
13. Campurkan buah prun yang dikisar tadi.
14. Akhir sekali, masukkan larutan coklat, kopi dan esen vanila.
15. Kacau semuanya hingga sebati.
16. Masukkan adunan ini ke dalam bekas yang telah disapu marjerin.
17. Bakar dalam ketuhar pembakar pada suhu yang agak sederhana (perlahan) selama 45 minit hingga sejam.
18. Apabila kek masak, keluarkan daripada bekas pembakar.
19. Setelah ia sejuk, sapukan chocolate fudge di sekeliling kek ini.
20. Bolehlah dihidangkan.

Kek Marble Bermadu



Bahan-bahan:

200 gm mentega
175 gm tepung
130 gm gula kastor
6 biji telur
1/2 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar madu
2 sudu kecil koko
1 sudu esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara menyediakan:

1. Pukul mentega, susu dan madu hingga berkrim.

2. Dalam bekas lain, pukul pula putih telur bersama gula hingga naik.

3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul lagi.

4. Apabila elok sebati, masukkan tepung dan diikuti serbuk penaik. Kacau rata.

5. Asingkan sedikit adunan dan campurkan koko, kacau rata.

6. Campurkan adunan asal dengan pewarna kuning.

7. Sediakan acuan dan sapu mentega. Masukkan separuh adunan kuning.

8. Masukkan pula warna koko di tengahnya dan tutup dengan warna kuning (seperti membuat kek marble biasa).

9. Bakar hingga masak.

Kek Pisang Kurma



Bahan-bahan:

200 gm mentega
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
2 biji pisang embun - dilecek
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
2 sudu besar susu
Sedikit esen vanila
2 biji kurma - dipotong halus

Cara menyediakan:

1.  Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2.  Masukkan telur, sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.

3.  Masukkan sebahagian tepung dan diikuti pisang lecek.

4.  Gaul bahan-bahan ini perlahan-lahan.

5.  Masukkan sebahagian lagi tepung dan kurma.

6.  Gaul hingga kesemua bahan bercampur.

7.  Akhir sekali, masukkan susu dan esen vanila.

8.  Gaul kesemua bahan hingga rata.

9.  Masukkan adunan ke dalam acuan panjang yang dialas kertas surih dan disapu mentega.

10. Bakar sehingga masak.

Kek Span



Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
5 sudu besar mentega atau marjerin
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan air gula hangus
1 tin kecil susu pekat manis

Cara menyediakan:

1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Putar mentega sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau sebati.
4. Masukkan esen vanila. Kacau.
5. Tuangkan pula air gula hangus. Kacau lagi.
6. Masukkan tepung dan kacau sebati.
7. Akhir sekali, masukkan susu pekat manis.
8. Kacau sebati.
9. Kukus selama dua jam atau bakar selama 45 minit.

Levitra 40mg PriceViagra Coupons