Telur Gulung Isi Udang & Ikan

Bahan-bahan:
100 gm udang - dicincang
100 gm isi ikan - dicincang
3 biji telur
2 sudu besar daun bawang - dihiris halus
2 sudu besar cili merah cincang
2 sudu besar daun ketumbar cincang
Bahan-bahan perisa:
(Untuk udang & ikan cincang)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar putih telur yang sudah dipukul
Garam secukup rasa
Bahan-bahan perisa:
(Untuk telur)
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Gaulkan udang dan ikan cincang dengan bahan-bahan perisanya.
2. Kemudian, gaulkan pula dengan daun bawang, daun ketumbar dan cili merah.
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
4. Masukkan bahan-bahan perisa untuk telur. Kacau.
5. Campurkan pula udang dan ikan cincang.
6. Kacau hingga sebati. Kemudian bahagi dua.
7. Di atas api kecil, panaskan minyak dalam kuali leper.
8. Masukkan satu bahagian adunan telur tadi.
9. Ratakan dan biarkan hingga masak sebelum diterbalikkan.
10. Apabila masak, angkat dan gulung sebelum dipotong.
11. Ulang dengan bahagian kedua.

| < Prev | Next > |
|---|





