Telur Gui Hua Goreng

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 mangkuk suun - direndam
3 kepingan isi ketam - dihiris halus
1 tangkai cili merah - dimayang
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1 tangkau daun ketumbar - dihiris halus
1 biji lobak merah - dipotong kecil
3 biji sengkuang cina - dipotong kecil
3 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan Perisa:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil minyak bijan
* 2 sudu kecil tepung jagung
* 3 sudu besar air
(* disatukan)
Cara Menyediakan:
1. Suun yang sudah kembang dipotong 2 cm.
2. Telur dipukul sedikit, kemudian dicampur dengan bahan-bahan perisa dan juga suun, kepingan ketam, cili merah, daun bawang, daun ketumbar, lobak merah serta sengkuang cina. Kacau hingga rata.
3. Panaskan minyak dan masukkan campuran telur dan sayur-sayuran. Kacau rata hingga telur masak.
4. Masukkan ke dalam mangkuk, tekan hingga padat kemudian terbalikkan ke atas pinggan hidangan. Hidang panas-panas.

| < Prev | Next > |
|---|





