Sup Merah Kuning

BAHAN A:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji tomato
1/2 biji lobak merah
Setangkai batang seleri
50 gm mentega
50 ml krim masakan
150 ml air rebusan sayuran
Garam secukup rasa
BAHAN B:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Setangkai batang seleri
Daun bawang
50 gm labu kuning
100 gm mentega
150 ml air rebusan sayuran
1 helai daun selasih kering
Daun parseli
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, batang seleri dan lobak merah bersama mentega (bahan A)
2. Masukkan air rebusan, biarkan ia mendidih seketika kemudian masukkan tomato dan perlahankan api.
3. Tumis bawang besar, bawang putih, daun bawang, labu, mentega dan daun selasih (bahan B) di dalam periuk yang lain. Tuangkan air rebusan.
4. Sesudah kedua-duanya masak, sejukkan, kisar secara berasingan.
5. Masukkan krim masakan dan letakkan garam untuk bahan A dan B.

| < Prev | Next > |
|---|





