UKSB lancar MMS Saji
Bangi, 22 April 2010 – Majlis menandatangani perjanjian antara Utusan Karya Sdn. Bhd. dan M-Mode Mobile Sdn. Bhd. dijalankan dengan sempurna dan berjaya.
Ia adalah simbolik kepada kata sepakat dan usahasama bagi membangunkan perkhidmatan MMS majalah Saji yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Gabungan kemampuan teknologi dan platform content management yang dimiliki oleh M-Mode sebagai Digital Content Publisher dan pengisian berkualiti yang dimiliki Utusan Karya Sdn. Bhd. menjadikan usahasama ini sebagai satu realiti.
Utusan Karya memandang usahasama ini sebagai salah satu langkah yang bijak seiring dengan pembangunan teknologi masa kini. Pelancaran majalah di telefon bimbit ini dilihat sebagai salah satu platform untuk memudahkan penggemar-penggemar majalah Utusan Karya mengikuti setiap keluaran dengan cara yang lebih mudah.
M-Mode adalah pencetus kepada konsep Mobile Media. Mobile Media memainkan peranan penting sebagai salah satu media untuk memudahkan pengguna mendapatkan berita dan bahan-bahan hiburan. Mengikut statistik, jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia meningkat iaitu kira-kira 30 juta orang dan jumlah ini telah melebihi populasi negara.
Fenomena ini menyebabkan M-Mode yakin bahawa Mobile Media akan menjadi salah satu media yang penting dalam kehidupan kita. M-Mode juga merupakan salah satu dari anak syarikat utama dibawah Kumpulan Syarikat M-Mode yang tersenarai di Bursa Malaysia (ACE Market) dan telah menerima anugerah MSC Malaysia Status pada tahun 2003.
Perjanjian ditandatangi oleh Ketua Pengarang Majalah UKSB, Badrul AzharAbdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif M Mode, Datin Jaclyn Ching
Bagaimana mahu melanggan? MMS Saji sekarang dilancarkan untuk pengguna Maxis sahaja dan rangkaian lain akan menyusul kemudian.
ON SAJI hantar ke 28288
Caj RM1.50 seminggu dikenakan dan pelanggan akan mendapat 2 MMS seminggu. Anda mendapat 2 MMS berupa resipi dan pengisian lain dalam masa seminggu. Tujuh hari pertama ialah percuma. Kalau mahu menghentikan perkhidmatan taip BATAL SAJI hantar ke 28288.





