1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Ke mana kita?

Menu Tunku istimewa dari Hotel Federal KL

Anda mahu mencari vanue berbuka puasa yang ada nostalgia sepangang Ramadan dan bulan kemerdekaan ini? Kalau itu yang anda cari singgahlah berbuka puasa di Hotel Federal Kuala Lumpur.

Mengapa? Kerana hotel bersejarah itu turut menerapkan semangat kemerdekaan sepanjang majlis berbuka yang diadakan di Verendah Restaurant sehingga 24 Ogos ini.  Mereka menamakannya Citra Rasa Malaysia.

Kelainan di The Olive Tree Cafe

 

Pemilik The Olive Tree Cafe, Ken Phuah (kiri) bersama Chef Jeff bersama hidangan istimewa mereka.

Ingin mencuba kelainan sempena musim perayaan di hujung tahun dan tahun baru 2011? Cuba ke The Olive Tree Cafe yang memperkenalkan hidangan istimewa untuk menambat selera anda; menu sihat dari Perancis dan hidangan Mexico serta Hungari.

Makanan Barat 100% Halal di Wadihana Islamic Kitchen

 





Restoran Wadihana Islamic Kitchen memang agak berbeza dengan deretan restoran lain di Bandar Baru Bangi, Selangor. Buka sahaja dari segi namanya, tetapi makanan yang disajikan. Jika banyak restoran lain menjadikan makanan tempatan, khususnya hidangan Melayu sebagai tarikan, tetapi di restoran ini, makanan Asia, barat, Itali dan Mexico pula menjadi daya penarik; di samping makanan Melayu, khususnya hidangan Johor yang menjadi keistimewaannya.

Istimewa Kambing Kuzi Sumbat Untuk Berbuka


Konsep bufet sememangnya menjadi pilihan hotel dan restoran yang menyediakan kemudahan berbuka puasa kepada para pelanggan. Barisan pelbagai hidangan menjadi tarikan, daripada hidangan kampung biasa sehinggalah kepada yang istimewa, dan jarang-jarang ditemui.

Di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) yang teletak di Bukit Kiara off Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Kambing Kuzi Sumbat menjadi antara yang teristimewa daripada lebih 200 juadah yang disediakan.

Citarasa Ramadan 2010 di KGPA menawarkan konsep bufet bertemakan konsep warung dalam taman. Di samping itu ada 30 warung berkonsep makanan antarabangsa dan makanan popular seperti ayam percik, Roti John, Ketam Bakar, Nasi Kukus Ayam Dara, Tempura dan sebagainya.

Masakan tradisional disediakan Chef Rahmah Abdul Hamid yang mempunyai 18 tahun pengalaman dalam penyediaan masakan tradisional Melayu dan Chef Zanariah Mohd bagi makanan barat. Manakala Chef Asma Mahfudz menjadi chef jemputan khusus bagi menyediakan Kambing Kuzi Sumbat, yang merupakan resipi warisan keluarganya.


Jika berkunjung ke KGPA untuk berbuka puasa, hidangan ini mesti dirasa di samping pelbagai hidangan lain. Sebagai penghilang dahaga pula disediakan 10 jenis minuman seperti air soya, air tebu, sirap selasi dan air 'kicai' ia itu campuran asam boi dan limau kasturi.

Kemeriahan suasana berbuka puasa di KGPA tentu agak berlainan kerana berkonsep terbuka, tambahan pula kedudukannya di kawasan agak berbukit. Anda boleh menikmati pemandangan senja sambil berbuka dan menikmati gesekan biola secara langsung.

Apabila tiba waktu bersolat, surau berhawa dingin disediakan untuk anda menunaikan kewajipan.

Citarasa Ramadan 2010 di KGPA bermula 14 Ogos hingga 8 September dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam. Anda cuma perlu membayar RM48.00+(RM52.80 nett) bagi seorang dewasa dan RM21.00+(RM26.10 nett) bagi kanak-kanak. Pengunjung boleh berjimat dengan membeli boucer dan mendapat dua tempat percuma bagi setiap 10 pembayaran. Bagaimanapun pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad surcharge sebanyak RM5 akan dikenakan.

Hubungi 03-79560122 atau layari www.azampandan.com atau www.kgpagolf.com untuk pertanyaan dan tempahan.

 

Berbuka Selera Kampung di Riverside PWTC


Daging Masak Kawah, Terubuk Asam Pedas, Kerabu Jantung Pisang, Pengat Pisang dengan Nangka, Puteri Mandi dan Lompat tikam... Itu adalah antara 250 jenis juadah yang boleh anda nikmati jika berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bertemakan - Selera Kampungku, Riverside membuka pintu selera Ramadan bermula 11 Ogos hingga 7 September nanti dengan pelbagai hidangan ala kampung, bermula dengan kurma nabi sebagai pembuka selera. Hidangan utama pula ialah Daging Lembu Panggang yang akan disedikan oleh chef restoran itu sendiri.



Bagi mewujudkan suasana di kampung, beduk tradisional akan dipalu bagi menandakan waktu berbuka, kemudian diikuti laungan azan secara langsung. Pelayan restoran pula akan mengenakan baju kebaya dan baju Melayu bagi menimbulkan suasana kemelayuan.

Agar juadah dinikmati dalam suasana nyaman, para tetamu akan dihiburkan dengan Kumpulan Ghazal Seri Raya sepanjang waktu berbuka puasa.



Bufet Ramadan Selera Kampung Ku berharga RM55++ seorang untuk orang dewasa, bagi kanak-kanak yang berumur dari 6 hingga 12 tahun pula bayar mengikut umur mereka. Sementara bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah percuma dengan ditemani oleh seorang dewasa yang berbayar.

Jika berminat menikmati juadah kampung, sila hubungi 03 2614 6709 or 03 2614 6701.

Daftar Masuk