1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Berita Saji

Chef Saji: Resipi kreatif bawa tuah Maizun

Kreativiti resipi paceri rambutan membawa tuah kepada Maizun Ibrahim apabila dinobatkan sebagai Juara Pencarian Chef Saji-Rempah Mak Dara yang di adakan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Julai lalu.

Maizun, 63, melayakkan diri  ke peringkat akhir pada November nanti yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur. Jangan sangka orang berusia tidak kreatif menghasilkan masakan yang menarik  dan enak.

Berbuka ala kampung di Berjaya Hotel

Penghuni kota raya didedahkan dengan aneka gaya dan corak masakan. Tapi bila masuk bukan puasa, juadah masakan ibu kitalah yang memecah liur kita untuk menikmatinya. Apatah lagi bagi yang sudah lama tak balik kampung.

Sebab itulah Berjaya Hotels & Resorts, Jalan Imbi, Kuala Lumpur menyediakan juadah ala kampung sepanjang bulan puasa nanti di Restoran Big Apple, Tingkat 14, hotel tersebut. Bufetnya tak mahal, hanya RM78++ untuk dewasa dan RM42++ untuk kanak-kanak.

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bersama Kosmo! tawar hadiah menarik

 

Pandai buat kek dan biskut? Usah sembunyikan bakat! Tonjolkan kebolehan anda dengan menyahut Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang akan bermula 18 Jun ini.

Jika anda usahawan kecil, suri rumah atau memang seorang yang gemar membuat kek dan biskut, Cabaran Daisy yang diadakan dengan kerjasama antara akhbar Kosmo! dan Minyak Jagung Daisy serta rakan strategik Tupperware ini, tidak wajar dilepaskan!

 

Saji Jun Raikan Hari Bapa

 

Jika menu sempena menyambut Hari Ibu menjadi hidangan dalam keluaran Saji Mei, keluaran terbaru majalah kesukaan ramai ini pula membawa resipi khusus untuk para bapa.

 

4 Lagi Buku Koleksi Saji!

 

Khamis lalu (19 Mei), empat lagi buku resipi koleksi Saji dilancarkan, tambahan kepada tiga yang diterbitkan pada tahun lalu.

Khazanah resipi daripada majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) ini dihimpunkan dalam Sajian Pengantin Pilihan SAJI, Pilihan Majalah SAJI: Aneka Kek & Mufin, Aneka Nasi dan Hidangan Minum Petang: Langkah Demi Langkah.

Daftar Masuk