Puding Roti Bersos Vanila

Bahan-bahan untuk puding:
Sedikit mentega
10 keping roti putih segi tiga (sebaiknya dibakar)
200 gm gula pasir
8 biji telur
500 krim putar (whipping cream)
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kismis
500 ml susu segar
Bahan-bahan untuk Sos Vanila:
500 ml krim segar
100 gm gula kastor
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara menyediakan puding:
1. Sapu mentega pada acuan dan taburkan sedikit gula.
2. Buangkan bahagian yang keras di tepi roti dan potong roti menjadi tiga segi.
3. Aturkan bersilangan berlapis-lapis di dalam acuan hingga penuh.
4. Semasa mengatur roti ini, taburkan juga kismis pada setiap lapisan.
5. Pukul gula dan telur hingga sebati.
6. Campurkan susu, krim dan esen vanila.
7. Kacau hingga rata.
8. Tuangkan ke atas roti.
9. Bakar dengan kaedah bain marie (letak bekas berisi roti di dalam sebuah dulang berisi air) sehingga masak.
Cara menyediakan sos vanila:
1. Masak krim dengan setengah bahagian gula sehingga mendidih.
2. Di dalam bekas pemukul, satukan telur dengan baki gula serta esen vanila.
3. Tuangkan bahan yang dididihkan itu perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sambil dipukul agar telur masak dan tidak bergentel.
4. Tapis ke dalam bekas dan sejukkan.
5. Apabila hendak makan, tuangkan sos ini ke atas puding roti tadi.
* (Info: Puding ini juga boleh dibuat dengan menggunakan pastri danish atau croissant)

| < Prev | Next > |
|---|





