1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Puding Mahligai Pelangi

PDF Print E-mail

User Rating: / 17
PoorBest 



Bahan-bahan A:

20 gm kacang hijau - direbus
10 gm gula pasir
100 ml susu cair
Sedikit pewarna hijau


Bahan-bahan B:

20 gm kacang merah - direbus
10 gm gula pasir
100 ml susu cair
Sedikit pewarna merah


Bahan-bahan C:

20 gm jagung manis dalam tin
10 gm gula pasir
100 ml susu cair
Sedikit pewarna kuning


Bahan-bahan D:

8 gm agar-agar serbuk
350 ml air mineral
7 gm gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan


Cara menyediakan:

1. Kisar halus kesemua bahan-bahan A, bahan-bahan B dan bahan-bahan C secara berasingan.

2. Ketepikan seketika.

3. Didihkan pula kesemua bahan D sehingga gula dan agar-agar sebati.

4. Bahagikan bahan D kepada tiga bahagian.

5. Ambil satu bahagian bahan D, campurkan dengan bahan A, satu bahagian dengan bahan B dan baki dengan bahan C.

6. Kacau sebati di atas api perlahan secara berasingan.

7. Setelah ketiga-tiganya pekat, tuang setiap satu secara berlapis di dalam bekas yang sesuai.

8. Sejukkan.

9. Hias mengikut suka sebelum dihidangkan.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk