1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Puding Kristal

PDF Print E-mail

User Rating: / 14
PoorBest 

 



Bahan-bahan:

20 gm agar-agar
2 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar kastard
2 sudu besar jagung manis - krim
1/2 cawan susu cair
6 biji ceri hijau
6 biji ceri merah
1 cawan nanas kiub
1/2 tin sirap nanas kiub
Sedikit esen vanila
Sedikit garam
1 biji kek span kopi

Cara menyediakan:

1.  Masak agar-agar dengan air hingga hancur.

2.  Masukkan gula dan masak lagi hingga larut.

3.  Masukkan sirap nanas kiub.

4.  Asingkan sesenduk agar-agar.

5.  Larutkan kastard dalam susu cair.

6.  Campurkan juga jagung manis dan tuangkan ke dalam agar-agar.

7.  Didihkan seketika hingga campuran kastard pekat.

8.  Sediakan bekas kaca berbentuk panjang. Tuangkan satu senduk agar-agar. Biarkan sebentar.

9.  Potong kek dan susun di atas agar-agar yang masih suam.

10. Apabila hampir beku, tuangkan pula sesenduk lagi agar-agar.

11. Taburkan ceri dan nanas kiub di atasnya. Biarkan seketika.

12. Tuangkan pula agar-agar kastard ke atasnya.

13. Biarkan hingga suam, baru tuangkan lebihan agar-agar kosong yang masih tinggal dan sejukkan.

14. Tuangkan sesenduk agar-agar ke dalam bekas. Biarkan hingga hampir sejuk.

15. Aturkan kek di atasnya. Tuangkan sesenduk lagi agar-agar.

16. Taburkan ceri yang telah dibelah dua dan juga nanas kiub.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk