1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Nasi Serai Wangi

PDF Print E-mail

User Rating: / 29
PoorBest 

Mee Kari Kapitan

BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras

1/2 cawan minyak sapi

6 ulas bawang merah (kisar)

3 ulas bawang putih (kisar)

1 cm halia (kisar)

2 kuntum bunga lawang

2 batang kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

3 batang serai (hiris)

2 helai daun pandan

2 cawan susu cair

Garam secukup rasa

Air

 

BAHAN HIASAN:

Bawang goreng

Daun bawang (hiris)

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga garing.

2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.

3. Kemudian masukkan serai dan kacau hingga naik bau.

4. Masukkan beras, garam, susu cair dan air secukupnya.

5. Apabila nasi hampir kering, kacau rata. Biarkan seketika.

6. Setelah kering, bolehlah dihidangkan dan ditaburkan dengan bahan hiasan.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk



Iklan di EZTrade.com

Featured Ads from EZTrade.com