Nasi Tomato

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
1 tin kecil susu cair
100 gm pes tomato
30 gm halia (hiris)
50 gm bawang merah (hiris)
30 gm bawang putih (hiris)
Sedikit rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan hiris, daun pandan, rempah empat sekawan dan pes tomato hingga naik bau.
2. Masukkan air dan susu cair dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan beras. Tanak seperti biasa. Setelah masak hiaskan dengan kismis.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 5921
Comments (7)

written by sabihah_nnn, October 22, 2009
nengok macam best je nnt aku nak bikin kat rumah aku untuk kawan-kawan aku rasa mesti best nasi tomato aku bknnya pandai masak sangat sekadar buat sikit2 tu oklah
written by asmaa, October 24, 2009
nampak macam best,nak try la.......
tapi kalau bahan2 tu boleh tak tukar dari gram ke biji,
contoh bawang(gram) ditukar ke 1@2 biji,senang sikit....
written by SITI SAFARINA , November 10, 2009
wah nampak macam best jerr... macam sedap jerr.. macam senang jerr.. tapi na tahu rempah sekawan tu aper ke bender nyerr..??? lagi satu kalu beras banyak tu berapa orang boleh makan
written by Puan Aunzu, November 10, 2009
ramai lagi tak tahu rempah 4 sekawan ya? rempah 4 sekawan tu, kayu manis, buah pelaga, cengkih n bunga lawang..
selamat mencuba..
selamat mencuba..
Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.
| < Prev | Next > |
|---|
Koleksi Hidangan
Petua SAJI
Tips SAJI
Tahukah Anda?
Daftar Masuk
Iklan di EZTrade.com
| Featured Ads from EZTrade.com |
|







