1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Nasi

nasi pandan

User Rating: / 14
PoorBest 
















Baru-baru ini saya berkunjung ke Bangkok, dan di sana saya diperkenalkan dengan nasi lemak pandan. Biasalah orang Thailand kadang-kala terlebih kreatif. Nasi lemak pandan sebenarnya sama saja dengan nasi lemak kita, tinggal lagi ia diwarnakan dengan warna hijau. Warna hijau hasil perahan air pandan kisar membuatkan nasi lemaknya bertambah wangi.

Nasi lemak ini tidak dihidangkan dengan sambal, telur, ikan bilis dan timun seperti di negara kita. Nasi ini malah dihidangkan dengan acar timun ataupun kerabu mangga serta kari merah ayam Thailand. Hidangan ini juga sesuai dijadikan set menu untuk majlis keramaian.

Di sini saya sertakan resipi kari merah siam yang biasanya dimasak dengan ayam.

Nasi Briani Kerisik

 

Bahan-bahan:

1 kg beras basmati

1 liter air

1 tin susu cair

3 sudu besar minyak sapi

20 gm bunga lawang

10 gm kulit kayu manis

10 gm buah pelaga

2 helai daun pandan - dihiris

30 gm halia - dikisar

30 gm bawang besar - dikisar

30 gm bawang merah - dikisar

2 batang serai - diketuk

20 gm rempah briani

3 sudu besar kerisik

3 tangkai cili merah - dibelah dua

3 tangkai cili hijau - dibelah dua

Garam secukup rasa

 

Cara menyediakan:

1.  Cuci beras dan tuskan.

2.  Panaskan minyak sapi di dalam kuali.

3.  Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan serai.

4.  Apabila naik bau, masukkan daun pandan, halia, bawang besar dan bawang merah.

5.  Bolehlah masukkan juga cili merah dan cili hijau.

6.  Masukkan rempah briani.

7.  Tumis sebentar.

8.  Tuangkan susu cair dan air. Kacau rata.

9.  Biarkan sehingga mendidih.

10. Masukkan beras, kerisik dan garam.

11. Kacau rata dan biarkan nasi masak.

 

Nasi Pilau Telur



Bahan-bahan:

250 gm beras - dibersihkan dan dituskan
5 biji telur - direbus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
3 ulas bawang merah -dicincang halus
1 sm halia - dicincang halus
3 tangkai cili hijau
2 kuntum bunga cengkih
4 sm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar kismis - digoreng
3/4 cawan sayur campur - jika suka
1/4 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
2 sudu besar mentega atau minyak sapi
Minyak masak untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega atau minyak sapi di dalam periuk nasi dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, serbuk lada sulah, serbuh kunyit dan cili hijau.
3. Kacau sehingga berbau harum. Kemudian masukkan beras. Kacau sehingga rata.
4. Apabila minyak meresap ke dalam beras, tuangkan susu cair dan air secukupnya.
5. Masukkan garam, telur, kiub pati ayam dan gula. Kacau hingga rata, tutup periuk dan tanak seperti memasak nasi putih.
6. Apabila nasi sudah masak, masukkan kismis dan jika suka, sayur campur.
7. Gemburkan nasi hingga rata. Padamkan api dan hidangkan panas-panas.

Nasi Raja



Bahan-bahan:

4 tin susu beras
4 tin susu air
2 biji telur asin
2 biji telur ayam
2 ketul hati dan hempedal ayam
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1.  Cuci beras hingga bersih.
2.  Campurkan beras dan air. Masak seperti memasak nasi biasa.
3.  Sementara itu, rebus telur asin.
4.  Apabila sudah masak, kopek kulitnya.
5.  Kemudian, parut halus telur asin ini.
6.  Telur ayam pula dipukul dan digoreng dalam minyak panas.
7.  Hancurkan telur goreng ini.
8.  Hati dan hempedal pula digaul bersama kunyit dan garam.
9.  Kemudian, goreng hati dan hempedal hingga garing.
10. Potong dadu hati dan hempedal goreng ini.
11. Seterusnya, campurkan nasi yang sudah masak bersama parutan telur asin.
12. Gaulkan pula dengan telur goreng yang telah dihancurkan tadi.
13. Masukkan nasi ini ke dalam pnggan.
14. Taburkan hati dan hempedal goreng di atasnya.
15. Bolehlah dihidangkan panas-panas.

Nasi Pilau



Bahan-bahan:

275 gm beras Basmati
570 ml air
50 gm mentega tanpa garam
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dicincang halus
8 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
8 biji lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar minyak sapi
25 gm kismis
25 gm kepingan badam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara menyediakan:

1.  Bersihkan beras dan rendam selama setengah jam. Tuskan.

2.  Dengan api yang sederhana, cairkan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bawang besar.

3.  Kacau hingga layu.

4.  Kemudian masukkan bawang putih, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan lada hitam.

5.  Kacau sehingga berbau harum.

6.  Masukkan beras dan serbuk kunyit. Kacau selama dua minit.

7.  Kecilkan api dan goreng beras selama tiga minit lagi.

8.  Besarkan semula api dan masukkan air, garam serta gula.

9.  Kacau dan biarkan sehingga mendidih.

10. Apabila air kering, tutup periuk dan kecilkan api.

11. Biarkan sehingga nasi masak.

12. Dengan api yang kecil, cairkan mentega di dalam kuali dan goreng kismis selama seminit.

13. Angkat dan ketepikan.

14. Goreng pula kepingan badam sehigga kekuningan.

15. Angkat dan ketepikan.

16. Taburkan kismis dan badam ke atas nasi.

17. Bolehlah dihidang panas-panas.

Daftar Masuk