Hidangan Minuman
Teh Ais Strawberi

Bahan-bahan:
75 ml puri strawberi
15 ml air gula
240 ml teh English Breakfast
100 gm kiub ais
50 gm buah strawberi
Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali buah strawberi dan kiub ais ke dalam shaker.
2. Kemudian goncangkan shaker ini selama 15 saat.
3. Tapiskan air ini ke dalam gelas.
4. Bubuhlah kiub ais.
5. Hiaskan dengan buah strawberi.
6. Air ini siap untuk dinikmati.
Pisang Lassi

Bahan-bahan:
2 biji pisang montel
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar madu
50 ml susu segar
Ketulan ais
Sedikit buah ceri
Cara menyediakan:
1. Satukan pisang montel, yogurt, madu dan susu segar.
2. Kisar kesemua bahan-bahan tadi.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Masukkan ketulan ais.
5. Hiaskan dengan buah ceri.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Nescafe Punch Float

Bahan-bahan:
1 sudu besar nescafe
2 sudu besar sirap gula melaka
3/4 cawan ais
1/2 cawan 7up sejuk
1/2 cawan cola sejuk
1 sudu besar aiskrim
Cara menyediakan:
1. Larutkan nescafe ke dalam air panas dan kacau.
2. Campurkan sirap gula melaka, air 7up dan cola. Kacau lagi.
3. Tuangkan ke dalam gelas panjang.
4. Masukkan ais.
5. Akhir sekali, masukkan aiskrim.
6. Bolehlah dihidangkan.
Papaya Pool

Bahan-bahan:
1 biji betik kecil yang masak - dikisar
2 biji kuning telur
1/2 biji limau nipis - diperah jusnya
200 gm susu cair
6 biji putih telur - dipukul
Gula mengikut manis yang disukai
Cara Menyediakan:
1. Sediakan mangkuk, campurkan isi betik dengan jus lemon dan kacau hingga sebati.
2. Kuning telur dan susu dipukul perlahan hingga sebati kemudian campurkan dengan adunan betik tadi.
3. Pukul pula putih telur masukkan ke dalam adunan betik kacau sebati dan kukus sebentar sebelum dihidangkan sejuk.
Jus Idaman

Bahan-bahan:
60 ml jus oren
60 ml jus nanas
60 ml jus mangga
60 ml jus tembikai
10 ml susu cair
10 ml kordial limau
10 ml sirap gula (ros)
Cara Menyediakan:
1. Campurkan kesemua jus kecuali sirap. Tuangkan ke dalam gelas.
2. Kemudian tuang pula sirap secara perlahan-lahan melalui tepi gelas. Cara ini boleh mengelakkan sirap bercampur dengan jus lain.
3. Jika suka boleh dicampurkan dengan ketulan ais. Hias dan hidangkan.


