1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Laksa Nyonya Melaka

PDF Print E-mail

User Rating: / 45
PoorBest 

Laksa Nyonya Melaka

BAHAN A:

200 gm bawang besar

100 gm lengkuas

50 gm kunyit hidup

50 gm belacan

2 batang serai

5 biji buah keras

30 tangkai cili kering

60 gm udang kering

 

BAHAN LAIN:

Minyak masak

1/2 kg ayam (potong sederhana besar)

10 ekor udang sederhana besar

1 liter santan

250 ml air

6 keping asam gelugur

3 batang bunga kantan

Gula dan garam secukup rasa

 

BAHAN HIASAN:

Timun (potong nipis dan memanjang)

Cili merah (hiris)

Daun bawang (hiris)

Bawang goreng

Telur rebus

  

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.

2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.

3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.

4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.

5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.

Comments (1)Add Comment
0
laksa nyonya melaka
written by amani, August 27, 2009
laksa nyonya melaka x pernah makan lagi ni...bleh wat utk org tersayang! org melaka la katakan.... smilies/wink.gif

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk