Ayam Berkuah Dan Mi

Bahan-bahan:
100 gm mi telur atau mi wantan
2 ketul kepak ayam
10 gm cendawan Cina - direndam dengan air panas hingga lembut
40 gm sayur kailan muda - tidak perlu dipotong
20 gm lobak merah - dipotong nipis
20 gm sos tiram
5 gm serbuk garam masala
1 cawan air rebusan ayam
15 gm bawang putih - dicincang
Garam seckup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak untuk memasak
Cara menyediakan:
1. Kepak ayam diperap dengan serbuk garam masala selama setengah jam.
2. Jerang air hingga mendidih dan celur mi selama dua minit.
3. Masukkan mi tadi ke dalam pinggan.
4. Kemudian celur sayur kailan selama tiga minit dan susun di atas pinggan mi.
5. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan goreng kepak ayam hingga kekuningan.
6. Ketepikan kepak ayam goreng ini.
7. Alihkan minyak daripada kuali.
8. Masukkan air rebusan ayam di dalam kuali tadi.
9. Masukkan juga bawang putih, cendawan Cina, lobak merah dan sos tiram.
10. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
11. Kacau hingga rata dan tuangkan ke atas mi.
12. Hidangkan panas-panas bersama kepak ayam goreng tadi.

| < Prev | Next > |
|---|





