1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Spageti Udang Cendawan

PDF Print E-mail

User Rating: / 7
PoorBest 



Bahan-bahan A:

1 bungkus spageti - direbus hingga empuk, ditus dan digaul dengan dua sudu marjerin


Bahan-bahan B:

1 cawan isi ayam - dipotong dadu
1 cawan udang sederhana - dikupas kulit dan dibersihkan
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah
1/2 cawan cendawan butang - dibelah dua
5 biji bebola ikan - dibelah dua
2 keping kek ikan (fish cake) - dipotong kiub
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 cawan sayur campur
2 sudu besar marjerin
1 kiub pati ayam
2 biji telur
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan potongan daun bawang dan daun sup

Cara menyediakan:

1. Panaskan marjerin di dalam kuali.

2. Tumis bahan tumbuk dan cili hingga wangi.

3. Masukkan ayam, udang, semua jenis sos, kicap dan kiub pati ayam. Kacau rata.

4. Masukkan cendawan, bebola ikan, kek ikan, sayur campur, air, dan garam. Kacau rata.

5. Apabila sudah masak, masukkan spageti, kacau lagi.

6. Pecahkan telur ditengah-tengah kuali dan gaul rata.

7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Bolehlah hidangkan.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk