1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Mi Hainam

PDF Print E-mail

User Rating: / 16
PoorBest 



Bahan-bahan:

100 gm mi kuning
50 gm isi ayam - dipotong kecil
50 gm sotong - dipotong kecil
50 gm udang - dibuang kulit
50 gm sayur sawi - dikerat
20 gm kicap pekat
10 gm sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
3/4 cawan air rebusan ayam
10 gm bawang putih - dicincang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa


Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih.

2. Kacau sebentar dan masukkan air rebusan ayam.

3. Biarkan mendidih selama dua minit.

4. Masukkan kicap pekat, sos tiram, isi ayam, sotong dan udang. Kacau seketika.

5. Masukkan pula mi kuning dan kacau rata.

6. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, pastikan tidak berketul. Tuangkan ke dalam mi.

7. Kacau rata sebelum masukkan sayur sawi.

8. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah. Kacau lagi hingga rata.

9. Angkat dan hidang panas-panas.

 

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk