Yee Mi Berkuah

Bahan-bahan:
100 gm yee mi kering
3 keping cendawan - direndam dengan air panas hingga lembut
40 gm isi ayam - dipotong kecil
40 gm udang saiz sederhana - dibuang kulit dan kepala
40 gm sotong - dipotong kecil
20 gm lobak merah - dipotong nipis
1 cawan air rebusan ayam
10 gm tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
5 gm kicap pekat
15 gm bawang putih - dicincang
1 tangkai daun bawang - dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Rendam yee mi dalam air panas selama 3 hingga 5 minit.
2. Kemudian tuskan yee mi ini.
3. Sementara itu, udang digaul dengan tepung jagung dan ketepikan.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Masukkan bawang putih, cendawan, lobak merah dan air rebusan ayam.
6. Biarkan mendidih seketika.
7. Kemudian masukkan isi ayam, udang, sotong, kicap, garam dan serbuk lada sulah.
8. Gaul seketika. Barulah dimasukkan yee mi.
9. Kacau hingga rata dan apabila kuah agak pekat, masukkan ke dalam pinggan.
10. Taburkan daun bawang di atasnya dan hidangkan panas-panas.

| < Prev | Next > |
|---|





