Hidangan Mi Dan Pasta
Spageti Aglio Olio Pedas

Bahan-bahan:
1.8 kg spageti - direbus dan dituskan
400 gm udang - dibuang kulitnya
400 gm sotong - dipotong bulat
800 gm kupang - diambil isinya
150 gm bawang besar - dicincang
70 gm lada benggala hijau - dipotong dadu
120 gm cendawan butang - dihiris nipis
80 gm bawang putih - dicincang
100 gm minyak zaitun
20 gm serbuk lada hitam
1 tangkai daun pasli - dihiris halus
3 biji tomato - dihiris
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga keperangan.
3. Masukkan hirisan bawang besar, lada benggala dan cendawan.
4. Kaca rata kesemua bahan ini.
5. Masukkan udang, sotong dan kupang.
6. Gaul rata kesemua makanan laut sehingga ia masak.
7. Bolehlah masukkan spageti yang telah direbus.
8. Masukkan juga serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.
9. Kacau rata. Biarkan ia mereneh seketika dengan api perlahan.
10. Angkat dan hiaskan dengan daun pasli dan hirisan tomato
Mi Sanggul Goreng

Bahan-bahan:
5 keping mi sanggul
2 tangkai cili merah - ditumbuk halus
4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
1 batang lobak merah - diparut
200 gm kubis - dipotong kecil
3 batang sawi - dikerat 2 sm
300 gm udang basah - dibuang kulit
300 gm isi ayam - dipotong kecil
2 sudu kicap manis
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
Cara menyediakan:
1. Jerang air. Apabila mendidih, padamkan api.
2. Celurkan mi sanggul dalam air panas ini.
3. Biarkan selama lima minit atau sehingga mi lembut.
4. Tuskan mi sanggul dan ketepikan.
5. Panaskan minyak di dalam kuali.
6. Tumis bahan-bahan tumbuk. Kacau seketika.
7. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
8. Masukkan mi sanggul dan kacau lagi.
9. Masukkan sawi, lobak merah, kubis, garam dan kicap manis.
10. Kacau hingga rata dan bolehlah diangkat.
11. Mi ini enak dimakan panas-panas.
Mi Udon

Bahan-bahan:
120 gm mi udon
20 gm pes miso
50 gm hirisan daging ayam - direbus
80 gm hirisan daging lembu - direbus
2 keping tauhu jepun
10 gm cendawan shitake - dipotong empat
30 gm lobak putih - dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
10 gm tauge
300 ml air rebusan ayam
Cara menyediakan:
1. Celurkan mi udon ke dalam air rebusan ayam yang dididihkan.
2. Untuk membuat kuah, satukan air rebusan ayam tadi dengan pes miso.
3. Masukkan hirisan ayam dan daging.
4. Masukkan tauhu jepun, cendawan shitake dan lobak putih
5. Bolehlah masukkan lada hitam dan garam.
6. Akhir sekali, masukkan tauge.
7. Hidangkan segera ketika ia masih panas.
Mi Rebus Oat

Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
600 gm tauge
3 batang seleri - dihiris untuk hiasan
2 tangkai daun bawang - dihiris untuk hiasan
4 keping tauhu - digoreng dan dihiris nipis
6 biji limau kasturi - dipotong
8 tangkai cili hijau - dihiris
5 biji telur - direbus, dibuang kulit dan dibelah dua
Sedikit bawang goreng
Bahan-bahan untuk kuah:
500 gm daging - dipotong dan direbus empuk
250 gm udang kering - dikisar
6 sudu besar oat - dikisar halus
1 batang serai - dihiris
2 sm lengkuas - ditumbuk kasar
2.5 liter air
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
3 sudu besar cili boh
20 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan daging.
3. Kemudian, masukkan udang kering, lengkuas dan serai.
4. Kacau perlahan-lahan.
5. Masukkan oat dan biarkan selama lima minit atau sehingga mendidih.
6. Masukkan air, garam, gula dan serbuk perasa.
7. Biarkan sehingga kuah mendidih dan menjadi pekat.
8. Angkat dan ketepikan.
9. Sementara itu, didihkan air di dalam periuk lain.
10. Celurkan mi kuning dan tauge secara berasingan.
11. Hidangkan mi, tauge bersama bahan-bahan lain.
12. Tuangkan kuah di atasnya dan taburkan bawang goreng.
Pasta Ayam Berkrim

Bahan-bahan:
455 gm Shell pasta - direbus
280 gm daging ayam rebus - dipotong dadu kecil
300 gm keju cheddar
1 tin sup cendawan berkrim
30 ml susu sejat
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan-bahan untuk ditumis:
15 gm mentega
1 labu bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
Cara menyediakan:
1. Tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi.
2. Masukkan sup cendawan berkrim, serbuk lada hitam dan garam.
3. Renehkan sehingga ia menjadi pekat sedikit.
4. Perlahankan api dan masukkan ayam dan keju cheddar.
5. Tutup api apabila keju telah cair.
6. Hidangkan dengan pasta yang telah siap direbus.


