1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Udang Goreng Embun Menitik

PDF Print E-mail

User Rating: / 2
PoorBest 



Bahan-bahan:

500 gm udang harimau
10 keping keropok udang
10 gm serbuk lada sulah
40 gm tepung jagung
3 biji telur
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1. Bersihkan udang, ketepikan.

2. Kisar keropok udang hingga hancur.

3. Campurkan keropok udang yang telah dihancurkan tadi dengan tepung jagung, serbuk lada sulah, telur dan garam.

4. Kacau kesemua bahan ini hingga sebati.

5. Celupkan udang di dalam adunan tadi.

6. Bolehlah goreng udang celup tadi dengan kaedah gorengan terendam sehingga garing.


Bahan-bahan untuk sos:

4 tangkai cili merah - dibuang biji
4 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
250 gm stok ayam
2 sudu besar madu
5 ulas bawang merah
Gula secukup rasa


Cara menyediakan:

1. Kisar kesemua bahan sehingga lumat.

2. Panaskan dengan api yang perlahan sehingga pekat.

3. Hidangkan bersama udang goreng.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk