Udang Kari Segera

Bahan-bahan:
500 gm udang sederhana besar
200 gm kentang kecil
100 gm bendi
6 ulas bawang putih - ditumbuk
4 tangkai cili hijau - dibelah dua
2 tangkai cili merah - dibelah dua
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Minyak secukupnya untuk menggoreng kentang
Cara menyediakan:
1. Kentang dikupas kulit dan direbus. Kemudian digoreng hingga kuning.
2. Angkat kentang goreng dan ketepikan.
3. Panaskan 4 sudu besar minyak. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan serbuk kari. Tumis dan kacau hingga naik bau.
5. Tuangkan semua sos. Kacau seketika.
6. Masukkan udang. Kacau lagi sebelum dimasukkan garam dan gula.
7. Kacau semula. Barulah masukkan bendi, cili merah dan cili hijau.
8. Tutup kuali selama tiga minit. Kemudian angkat dan hidangkan.

| < Prev | Next > |
|---|





