Pai Kacang Pis Tuna

BAHAN PASTRI:
2 cawan tepung naik sendiri
150 gm marjerin (soft margarine)
1 biji telur
BAHAN ISIAN:
1 cawan susu segar
1 tin tuna
1 tin kecil kacang pis hijau (rebus)
Daun bawang
1 labu bawang besar (cincang)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
2 biji kentang (potong panjang tapi pendek dan rebus separuh empuk)
Gula
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan doh dan uli. Jika masih tidak boleh diuli menjadi doh, tuangkan sedikit air. Masukkan dalam plastik dan rehatkan 30 minit dalam peti sejuk.
2. Sementara itu panaskan mentega, dan tumis bawang hingga layu.
3. Masukkan kentang, kacang pis, susu segar dan biarkan ia mendidih.
4. Tuangkan isi tuna, gula dan daun bawang.
5. Masukkan tepung gandum sebagai bahan pemekat.
6. Gaul rata. Ketepikan.
7. Ambil doh dan masukkan dalam acuan. Tekan dengan jari sehingga ia menutupi semua bahagian. Biarkan ada bahagian pastri yang lebih di tepi acuan.
8. Tuangkan adunan isian dan lipat bahagian tepi.
9. Bakar pada suhu 180oC selama sejam.
PESAN SAJI: Isian tidak perlu dibubuh garam, kerana isi tuna dalam tin sudah cukup masin. Doh pastri jenis ini tidak perlu digelek, kerana rapuh, cukup dengan menekan dengan jari. Tapi ingat kita kena guna 'soft margarine'. Boleh juga menggunakan marjerin biasa sebagai pengganti 'soft margarine'.

| < Prev | Next > |
|---|





