Saji Online - Seri Muka Pulut Hitam
  1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Seri Muka Pulut Hitam

PDF Print E-mail

User Rating: / 14
PoorBest 



Bahan A:

2 cawan pulut - direndam dan dituskan
1 cawan pulut hitam - direndam dan dituskan
1/2 cawan isi jagung
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan santan
1 sudu besar tepung beras dibancuh dengan 3/4 cawan air

Bahan B:

4 biji telur dikacau bersama 1 1/4 cawan gula
2 cawan santan
10 helai daun pandan
3 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung pulut
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Sediakan bahan B dulu dengan mencampurkan tepung jagung, tepung pulut di dalam bancuhan telur.

2. Kisar daun pandan bersama air, kemudian tuangkan bancuhan tepung ke dalam air daun pandan.

3. Campurkan santan dan garam, ketepikan.

4. Sementara itu sediakan bahan dasar dengan mencampurkan kesemua bahan A kecuali bancuhan tepung beras.

5. Masak bahan A sehingga likat, baru tuangkan bancuhan tepung beras.

6. Masak sebentar sehingga adunan sedikit likat, dan angkat.

7. Sediakan loyang, sapukan sedikit minyak. Tuangkan kesemua bahan A (dasar).

8. Kukus hingga masak (dasarnya sahaja), kemudian tekan hingga mampat.

9. Sementara itu, suamkan bahan B (atas), tuangkan sebahagian di atas bahan A.

10. Kukus selama 10 minit, kemudian dengan segera tuangkan baki (bahan B).

11. Kukus lagi selama 10 minit dan panggang/salai selama 15 minit pada shuhu 120 darjah Celsius untuk mendapatkan kuih yang cantik permukaannya.

 
GoogleNews