Hidangan Telur
Telur Goreng Seri Rampai

Bahan-bahan:
5 biji telur
10 gm rumpai laut - direndam seketika hingga kembang
1 sudu kecil serbuk lada sulah
20 gm udang kecil
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Campurkan telur, rumpai laut dan udang kecil.
2. Masukkan pula serbuk lada sulah dan garam.
3. Kacau dengan garpu sehingga sebati.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Tuang adunan telur tadi ke dalam minyak panas.
6. Kacau telur sesekali hingga masak.
7. Angkat dan hidangkan bersama nasi atau roti.
Telur Bakar Bertauhu

Bahan-bahan:
5 keping tauhu putih - dikisar halus
1 biji telur
50 gm daging cincang
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit daun bawang - dihiris
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Sedikit marjerin
Aluminium foil untuk membungkus
Cara menyediakan:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan tauhu, daging cincang, bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan juga serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, garam dan daun bawang.
4. Kacau kesemua bahan hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam aluminium foil yang disapu sedikit marjerin.
6. Bungkus seperti membungkus lepat.
7. Bakar dalam ketuhar pembakar pada suhu 180 darjah Selsius.
8. Apabila masak, bolehlah buka aluminium foil dan hidangkan.
Telur Ikan Goreng Berempah

Bahan-bahan:
300 gm telur ikan tenggiri - dibersihkan dan dituskan
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 sm halia - dimayang
3 tangkai cili kering - dipotong kecil
1 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
1/2 sudu kecil ketumbar - ditumbuk
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong kecil
Cara menyediakan:
1. Gaulkan telur ikan dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah dan garam.
2. Ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Tumiskan bahan-bahan yang dimayang.
5. Masukkan juga cili kering, daun kari dan biji sawi.
6. Kacau hingga berbau harum.
7. Masukkan jintan manis dan ketumbar yang telah ditumbuk.
8. Kacau hingga rata.
9. Barulah dimasukkan telur ikan. Kacau perlahan-lahan.
10. Apabila telur ikan masak, masukkan bawang besar dan cili merah.
11. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
(Pesanan Saji: Telur ikan mudah hancur. Jadi, semasa membersihkan telur ikan, jangan dibuang urat hitamnya)
Telur Puyuh Masak Halia

Bahan-bahan:
15 biji telur puyuh - direbus dan dibuang kulit
2 sm halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
3 tangkai cili merah - dihiris
2 tangkai cili hijau - dihiris
1 sudu kecil sos tiram
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Tumiskan halia dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili merah, cili hijau dan sos tiram.
3. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan telur puyuh dan biarkan selama 10 minit.
5. Masukkan pula garam dan dikacau rata.
6. Bolehlah dihidangkan.
Kari Telur Berterung

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sm halia - dikisar
250 ml santan
2 biji terung panjang
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Rebus telur dan goreng. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari yang dicampurkan dengan cili kisar.
4. Tumis bahan-bahan ini sehingga pecah minyak.
5. Tuangkan santan perlahan-lahan dan biarkan mendidih dan pekat.
6. Setelah mendidih, masukkan telur, terung dan garam. Kacau.
7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


