1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Pembuka Selera

Sup Labu Bebola Ayam

User Rating: / 20
PoorBest 



Bahan-bahan untuk bebola ayam:

200 gm daging ayam - dikisar
50 gm bawang merah
25 gm bawang putih
20 gm cili merah - dimayang
10 gm daun bawang - dimayang
50 gm tepung jagung
30 ml minyak sayuran
10 gm gula
Sedikit stok ayam untuk merebus bebola

Bahan-bahan untuk sup:

1 liter stok ayam
300 ml santan
300 ml krim
5 gm daun ketumbar
2 keping daun salam
250 gm labu - dipotong dadu
Sedikit cili merah - dimayang halus
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa

Cara menyediakan bebola ayam:

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar halus.
2. Bentukkan seperti bola-bola kecil.
3. Rebuskan bebola ayam ini di dalam air rebusan stok ayam.
4. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat.
5. Tuskan bebola ini. Ketepikan.

Cara menyediakan sup:

1. Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sehingga ia mendidih.
2. Angkat sup ini dan biarkan ia sejuk.
3. Apabila sudah sejuk, kisarlah sup ini.
4. Bolehlah tuangkan sup ini di atas bebola ayam.
5. Hidangkan bersama roti.
 

Tauhu Goreng Sos Tomato

User Rating: / 1
PoorBest 



Bahan-bahan:

4 keping tauhu basah
6 ulas bawang merah - dimayang
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun ketumbar
2 tangkai daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

1. Mula-mula, goreng tauhu sehingga kekuningan. Angkat dan tuskan.
2. Di dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak menggoreng tadi.
3. Tumis bawang merah dan cili kisar.
4. Apabila naik bau, masukkan sos tomato.
5. Kacau rata.
6. Masukkan tauhu, garam dan gula.
7. Apabila kuah mulai pekat, taburkan daun ketumbar dan daun bawang.
8. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi.

Taucu Bilis Lemak



Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis
7 tangkai cili hijau - dihiris
2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 keping asam gelugur
1 cawan santan
2 sm halia - jika suka
2 sudu besar taucu
Gula secukup rasa
 
Cara menyediakan:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan halia hingga layu.
2. Tuangkan taucu dan santan.
3. Masukkan ikan bilis dan asam gelugur.
4. Masukkan juga, gula. Kacau rata.
5. Apabila ikan bilis masak, bolehlah diangkat.
6. Hidangkan bersama nasi. 

Sambal Udang Kering

User Rating: / 2
PoorBest 



Bahan-bahan:

300 gm udang kering
35 tangkai cili kering - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
6 batang serai - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 sudu asam jawa - diambil jusnya
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/4 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng garing
5 sudu besar minyak

Cara menyediakan:

1.   Rendamkan udang kering selama sejam.
2.   Bersihkan, tus dan keringkan.
3.   Kisar udang kering ini sehingga halus.
4.   Panaskan minyak di dalam kuali.
5.   Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
6.   Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi.
7.   Masukkan juga air asam jawa, gula dan serbuk perasa.
8.   Goreng sehingga bahan-bahan ini kering.
9.   Angkat. Apabila sejuk, tambahkan bawang goreng.
10. Boleh dihidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.

Tauhu Gulung

User Rating: / 4
PoorBest 



Bahan-bahan:

2 batang tauhu telur - digaul dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung - dilarutkan dengan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit sos cili untuk hiasan

Cara menyediakan:

1. Goreng tauhu telur sehingga kekuningan.

2. Angkat dan tuskan. Ketepikan.

3. Sementara itu, campurkan telur, larutan tepung jagung dan sedikit garam.

4. Pukul bahan-bahan ini hingga sebati.

5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

6. Dadarkan bancuhan telur tadi menjadi beberapa kepingan nipis.

7. Setelah masak, angkat dan gulungkan tauhu telur dengan telur dadar.

8. Hias dengan sos cili.

Daftar Masuk