1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Makanan Laut

Udang Berempah

Bahan-bahan:

500 gm udang sederhana besar
500 gm ubi kentang - kupas kulit dan potong nipis
5 sudu makan rempah kari ikan
5 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
2 labu bawang besar - potong bulat
5 tangkai daun kari
2 biji tomato
5 tangkai daun
Garam dan air asam jawa secukup rasa
1/2 cawan untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Ubi kentang digaul dengan sedikit garam dan goreng hingga masak. Ketepikan.

2. Tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan daun kari dan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia benar-benar garing dan pecah minyak.

3. Masukkan tomato yang telah dipotong nipis supaya sebati dalam rempah.

4. Masukkan udang dan masak kira-kira lima minit. Masukkan air asam dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan masukkan ubi kentang yang telah digoreng, daun sup dan juga bawang besar.

Udang Galah Sos Tom Yam

Bahan-bahan:

1 kg udang galah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 cawan sos tom yam
4 sudu besar air limau
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji timun - potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
5 tangkai cili merah - hiris halus
5 tangkai cili hijau - hiris halus
3 batang serai - diketuk
1 cawan minyak

Cara Menyediakan:

1. Udang galah diperap bersama kunyit, garam, kemudian digoreng.

2. Bawang merah dipotong empat, sementara bawang putih dipotong dua.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih bersama serai sehingga wangi.

4. Kecilkan api dan masukkan air limau, gula dan garam.

5. Apabila cukup rasa, masukkan timun dan lobak merah. Taburkan hirisan cili hijau, cili merah dalam sos.

6. Aturkan udang di atas pinggan, curahkan sos di atasnya dan hias mengikut citarasa.

Ketam Sos Asam Jawa

User Rating: / 3
PoorBest 

Bahan-bahan:

2 kg ketam bunga
150 gm asam jawa dibancuh dengan 100 ml air (jadikan air asam jawa)
200 gm bawang putih - dicincang
4 labu bawang besar - dipotong empat
100 gm daun bawang - dipotong panjang
2 tangkai cili
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk stok ayam
Sos ikan secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:

1. Ketam dipotong dua setelah dibersihkan. Lumurkan dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk stok ayam.

2. Panaskan minyak dan goreng tenggelam ketam sehingga masak, angkat dan tuskan.

3. Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan tumis bawang putih sehingga naik aroma. Masukkan ketam tadi dan kacau rata.

4. Masukkan air asam jawa dan kacau sebati. Masukkan garam dan sos ikan secukup rasa, angkat dan ketepikan.

5. Kemudian panaskan lagi sedikit minyak, tumis bawang besar dan daun bawang sehingga naik aroma.

6. Tuangkan ketam ke dalam kuali yang mengandungi bawang besar. Kacau sebati, angkat dan hiaskan dengan cili.

Chao Tom


(Udang Cincang Bakar Batang Tebu)

Bahan-bahan:

1 kg udang - dibuang kulit
1 biji putih telur
10 gm serbuk lada hitam
20 gm gula
1- gm garam
30 gm bawang putih
36 batang tebu - dipotong kemas sepanjang 8 cm

Cara Menyediakan:

1. Keringkan udang menggunakan kain kering yang bersih. Perap udang bersama serbuk lada hitam, garam, gula dan putih telur selama 30 minit.

2. Kisar udang sehingga halus, masukkan bawang putih dan kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit.

4. Ambil segenggam adunan udang dan kepalkan pada batang tebu.

5. Kukus selama 7 minit, kemudian panggang sehingga masak.

6. Setelah masak, hidangkan bersama sos daun bawang yang ditabur kacang tanah panggang yang telah ditumbuk kasar. Lebih enak jika dinikmati dengan sos manis ikan dan salad segar berempah.

Sos Manis Ikan

Bahan-bahan:

100 ml sos ikan Vietnam atau sos ikan Thai
5 ulas bawang putih - dicincang
3 tangkai cili segar - dibuang biji dan dicincang
1 biji limau - ambil jusnya
2 sudu besar sirap gula

Cara Menyediakan:

1. Campurkan semua bahan dan hidangkan.

Sos Daun Bawang

Bahan-bahan:

100 ml minyak
100 ml daun bawang - dicincang

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan masukkan daun bawang.

2. Kacau selama satu atau dua minit, kemudian angkat dan hidangkan.

Ketam Madu

User Rating: / 5
PoorBest 

Bahan-bahan:

2 ekor ketam saiz besar
1 biji tomato
2 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil rempah briani
1 cawan santan
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:

1 cm halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ketam dan goreng hingga masak.

2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis kesemua bahan kisar sehingga naik aroma.

3. Masukkan bahan lain kecuali santan, madu dan ketam. Biarkan sehingga pes naik bau baru dimasukkan madu dan santan.

4. Setelah mendidih, baru masukkan ketam dan biar sebati.

5. Apabila kuah pekat barulah diangkat dan dihiaskan.

Daftar Masuk