1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Kuih-muih

Penkek Kelapa Pisang

User Rating: / 1
PoorBest 



BAHAN-BAHAN:

300 gm pisang masak ranum | kisar halus
100 gm tepung gandum
3 sudu besar kelapa parut
1/8 sudu kecil garam
30 gm gula kastor
1 sudu besar tepung beras

Cara menyediakan:

1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sebati.

2. Panaskan kuali dan sapu dengan mentega.

3. Dadarkan adunan di atas kuali dan masak sehingga kekuningan.

Tepung Torak

User Rating: / 9
PoorBest 

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
3 cawan air
Sedikit air kapur
1/2 cawan air perahan pandan
Gula ikut manis
Daun pisang dan tali untuk membungkus

Cara Menyediakan:

1. Dalam sebuah bekas, adun semua bahan hingga sebati. Ketepikan.

2. Menggunakan kayu bulat panjang, gulung daun pisang menjadi kelongsong dan ikat kemas hujungnya dengan tali. Ikat juga sepanjang kelongsong dengan ikatan simpul hidup. Keluarkan kayu.

3. Isi adunan ke dalam teko dan tuangkan ke dalam kelongsong sehingga tiga suku penuh. Ikat pangkalnya.

4. Rebus hingga keras serta kelongsong timbul.

Puding Roti Kukus

User Rating: / 9
PoorBest 

Bahan-bahan:

6 keping roti tawar
300 cc susu segar
3 biji telur
100 gm  gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
3 biji pisang raja - dipotong kecil
Daun pisang secukupnya - dilayur

Cara Menyediakan:

1. Potong roti dalam bentuk segi empat kecil. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Kemudian campurkan susu dan adunkan agar sebati.

2. Masukkan esen vanila, pisang dan campurkan roti. Setelah sebati, bolehlah dibungkus dalam daun pisang. Terserah kepada anda bagaimana cara membungkusnya. Kemudian kukus selama 25 minit.

3. Ia boleh juga dikukus dalam bekas seperti loyang atau mangkuk tahan panas yang sederhana.

Dodol Kukus

User Rating: / 6
PoorBest 

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung pulut putih
1/2 cawan tepung pulut hitam
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan
2 cawan santan - dimasak sehingga menjadi tahi minyak
1 sudu besar minyak masak
Daun pisang
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Sediakan mangkuk, adun semua bahan hingga rata.

2. Alas loyang pengukus dengan daun pisang, sapu sedikit minyak.

3. Tuangkan bancuhan dan kukus di dalam pengukus yang sudah dipanaskan, selama 30 hingga 45 minit atau sehingga masak.

4. Setelah masak, letakkan sedikit tahi minyak diatasnya.

Lepat Pisang Biji Sagu

User Rating: / 6
PoorBest 

BAHAN-BAHAN:

100 gm biji sagu putih
100 gm biji sagu hijau
1/3 cawan gula
10 biji pisang raja - lenyek
100 gm kelapa parut - putih
Daun pandan
Daun pisang
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Satukan biji sagu putih dan hijau. Basuh dan dituskan. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.

2. Ramas pisang raja dengan gula dan garam. Lenyek sehingga halus. Gaulkan pula dengan biji sagu.

3. Apabila sudah sebati, masukkan kelapa parut. Gaul rata.

4. Ambil daun pisang, buatkan kelongsong tiga segi. Masukkan satu sudu besar adunan ke dalam kelongsong.

5. Tutupkan bahagian atas dengan keratan daun pandan. Bungkus kemas-kemas. Lalu dikukus selama 15 hingga 20 minit.

6. Siap untuk dihidangkan.

Daftar Masuk