Hidangan Kerabu
Kerabu Terung Bersantan Dengan Udang

Bahan-bahan:
4 biji terung panjang - saiz sederhana
1 labu bawang besar - dihiris halus
1 tangkai cili merah - dihiris halus
4 ekor udang saiz sederhana besar - dihiris dan direbus seketika
4 biji limau nipis - diperah dan ambil jusnya
100 ml santan kelapa
Bahan-bahan untuk dikisar:
3 tangkai cili merah
1 inci belacan - dibakar
2 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Rebuskan terung sehingga empuk.
2. Angkat dan tuskan.
3. Terung dipotong dua dan tebuk di bahagian tengahnya.
4. Dalam satu bekas, masukkan bawang besar, cili dan udang hiris.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
6. Masukkan pula perahan jus limau dan santan kelapa.
7. Kacau rata kesemua bahan ini.
8. Cedok adunan tadi dan sumbatkan ke bahagian tengah terung yang telah ditebuk
9. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
Kerabu Rambutan

Bahan-bahan:
200 gm isi rambutan
100 gm sotong kecil - direbus
1 labu bawang besar - dihiris
1 tangkai daun ketumbar - dipotong halus
3 tangkai cili padi - dihiris
1 sudu besar kacang tanah - ditumbuk
1/2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar perahan limau
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk besar.
2. Gaul sehingga sebati.
3. Siap untuk dihidangkan.
Kerabu Ayam Cili Padi

Bahan-bahan:
400 gm isi ayam yang telah direbus
30 gm cili padi - dihiris halus
50 gm bawang besar - dihiris halus
50 gm cili merah - dicincang halus
50 gm cili hijau - dicincang halus
30 gm serai - dihiris halus
30 gm bunga kantan - dihiris halus
2 biji limau nipis - diambil jusnya
30 gm sambal belacan
1/2 sudu teh garam
1/3 sudu teh gula
Cara menyediakan:
1. Ambil satu bekas, masukkan isi ayam.
2. Masukkan cili padi, bawang besar, cili merah dan cili hijau.
3. Masukkan juga serai, bunga kantan dan jus limau nipis.
4. Sendukkan sambal belacan, garam dan gula.
5. Gaulkan kesemua bahan ini.
6. Bolehlah dihidangkan.
Kerabu Selom Sardin

Bahan-bahan:
2 ikat daun selom - dibersihkan dengan garam dan dituskan
1 tin kecil sardin - ambil isinya sahaja
1 biji limau nipis - diperah jusnya
1 sudu besar air asam jawa
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
10 tangkai cili api - ditumbuk halus
1 sudu besar udang kering - direndam dan ditumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Daun selom dihiris halus.
2. Ikan sardin dihancurkan sebelum digaulkan dengan daun selom.
3. Masukkan bawang besar, cili api, air asam jawa, jus limau nipis, udang kering, serbuk lada hitam, garam dan gula.
4. Kemudian gaul kesemua bahan ini sehingga rata.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.
Kerabu Sotong Mangga

Bahan-bahan:
2 biji mangga muda - dibuang kulit dan diracik halus memanjang
15 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
350 sotong - bersihkan dan dipotong kecil
4 sm halia - dihiris halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Rebus sotong dengan sedikit air hingga masak.
2. Tambahkan juga sedikit garam.
3. Di dalam mangkuk, campurkan sotong, mangga muda, cili padi, halia, garam dan gula.
4. Gaul rata dan hidangkan.


