Hidangan Ayam dan Daging
Daging Goreng Tomato Puri

Bahan-bahan:
1 kilo daging batang pinang - dipotong nipis
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar cili giling
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 batang serai - diketuk
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 sm halia - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Sedikit air
Cara menyediakan:
1. Mula-mula, perapkan daging dengan kicap pekat manis.
2. Kemudian, goreng daging sehingga agak garing.
3. Angkat daging goreng dan ketepikan buat seketika.
4. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar.
5. Tumiskan juga cili giling, jintan manis, jintan putih dan serai.
6. Apabila tumisan agak garing, masukkan sedikit air.
7. Masukkan juga lebihan kicap perapan daging tadi, tomato puri, garam dan serbuk perasa.
8. Apabila kuah menjadi agak pekat, masukkan daging goreng tadi.
9. Kacau rata.
10. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih atau roti.
Ayam Goreng Bombay

Bahan-bahan:
1.5 kg ayam - dipotong kecil
50 gm halia - dikisar
70 gm bawang putih - dikisar
250 gm tepung kacang hijau
250 gm tepung gandum
150 gm serbuk cili
150 gm serbuk kunyit
1 sudu kecil pewarna tandoori
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Ayam yang dicuci bersih, dituskan.
2. Sebatikan ayam dengan bahan-bahan kisar, pewarna tandoori dan daun kari.
3. Lumurkan juga ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan lada sulah.
4. Perapkan selama satu jam.
5. Satukan tepung kacang hijau dan tepung gandum.
6. Setelah sejam diperap, gaulkan ayam dengan adunan tepung.
7. Panaskan minyak di dalam kuali.
8. Goreng ayam sehingga garing.
9. Bolehlah diangkat dan enak dinikmati ketika masih panas.
Kepak Ayam Madu Bijan

Bahan-bahan:
500 gm kepak ayam
150 gm bijan - disangai
100 gm madu
100 gm halia muda - ditumbuk
200 gm kicap pekat
30 gm serbuk lada putih
30 gm serbuk stok ayam
Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Dalam satu bekas, campurkan halia, kicap pekat, serbuk lada putih, serbuk stok ayam dan madu.
2. Tinggalkan sedikit madu untuk kegunaan kemudian.
3. Lumurkan kepak ayam dengan bahan-bahan tadi.
4. Perapkan selama satu jam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali.
6. Goreng kepak ayam tadi sehingga kekuningan.
7. Angkat dan tuskan.
8. Gaulkan kepak goreng ini dengan sedikit madu.
9. Taburkan bijan sangai.
10. Bolehlah dihidangkan. Ia cukup enak dimakan ketika masih panas.
Ayam Percik Salju

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong dua
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - ditumbuk
3 batang serai - ditumbuk
2 sm halia - ditumbuk
1 liter santan
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan-bahan perap:
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
1 batang serai - ditumbuk
Cara menyediakan:
1. Mula-mula, lumurkan ayam dengan bahan-bahan perap selama 15 minit.
2. Kemudian, panggang ayam ini separuh masak.
3. Pastikan ayam ini dibalik-balikkan setiap lima minit supaya ia masak dengan sekata.
4. Sementara itu, masakkan santan bersama bawang merah, bawang putih, bawang besar, serai, halia, asam gelugur, garam dan gula.
5. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul-ketul.
6. Apabila santan pekat dan pecah minyak, percikkan kuah tadi ke atas ayam panggang yang hampir masak.
7. Bakar ayam ini lagi sehingga ia benar-benar masak.
(Jika mahu menjimatkan masa, ayam ini boleh direbus terlebih dahulu sebelum dipanggang.)
Ayam Mas Merah

Bahan-bahan:
500 gm ayam - dipotong kecil
3 sudu tomato puri
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Bahan-bahan yang dikisar halus:
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia
5 tangkai cili kering
1 batang serai
Cara menyediakan:
1. Ayam dibersihkan dan dituskan.
2. Kemudian digaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sebelum digoreng.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar.
5. Kacau sehingga pecah minyak.
6. Masukkan pula tomato puri, gula dan garam.
7. Kacau lagi sehingga rata.
8. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi.
9. Kacau sehingga rata dan angkat.


