1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Rol Blueberi

PDF Print E-mail

User Rating: / 117
PoorBest 

Rol Blueberi

BAHAN-BAHAN:

10 biji kuning telur

2 biji putih telur

1 sudu besar emulsifier

100 gm gula pasir

75 gm tepung gandum

25 gm tepung jagung 

1/4 sudu kecil serbuk penaik

100 gm marjerin (cair)

1/2 sudu kecil pes coklat

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul telur bersama gula pasir dan emulsifier gebu dan putih.

2. Masukkan campuran tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik yang telah diayak.

3. Kemudian tuang marjerin cair, dan kacau rata.

4. Ketepikan lebih kurang tiga sudu besar adunan dan campurkan dengan pes coklat. Masukkan dalam piping beg.

5. Tuang adunan selebihnya  ke dalam loyang ukuran 32 x 32 x 3 cm yang telah disapukan mentega dan dialasi kertas  surih.

6. Ambil adunan coklat, pancitkan di atas adunan tadi.

7. Bakar pada suhu  190o Celsius selama 15 minit.

8. Jika bahagian atas kek belum masak, gunakan api atas saja.

9. Setelah kek sejuk, sapukan jem blueberi dan gulung. Balut dengan plastik dan sejukkan sebelum dipotong.

Comments (3)Add Comment
0
alo...
written by amira, July 29, 2009
apa benda emulsifier 2. harap boleh tlg bagitau...sory,org x pandai bt kek
smilies/cry.gif
0
...
written by eentan baizura, July 30, 2009
smilies/grin.gif macam mana bentuk emulsifier tu? dekat mana nak cari... 1st time nak wat kek gulung ni smilies/grin.gif
0
...
written by sassy girl, August 16, 2009
erm..ley x tukar blueberi ke buah lain?
smilies/shocked.gif smilies/cool.gif smilies/tongue.gif smilies/kiss.gif

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk