Kek Lapis Citra Warna

BAHAN A:
430 gm mentega
3 sudu besar susu pekat
BAHAN B:
23 biji kuning telur
6 biji putih telur
280 gm gula kastor
150 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalatte
1 sudu kecil esen vanila
100 gm tepung ais krim vanila
BAHAN C:
Pewarna kuning, merah, hijau, merah jambu dan ungu.
Perasa secukupnya.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bahan A dipukul sehingga putih dan gebu.
2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan B sehingga kembang.
3. Apabila kembang satukan bahan A dan B. Kacau hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada lima bahagian (kuning, merah, hijau, merah jambu dan ungu).
5. Bakar setiap warna dua lapis sehingga habis. Gunakan acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 3.
Comments (17)

written by Azizah Aziz, October 07, 2008
Pada kebiasaanya kek lapis mesti dibakar selapis demi selapis. Mula-mula guna api bawah, kalau dah banyak lapisnya mesti guna api atas pula. Untuk memastikan setiap lapisan melekat ada yang sapu kaya, ada yang sapu susu, tapi janganlah terlalu tebal. Kalau saya yang buat saya tak letakkan apa-apa spread tapi saya pastikan lapisan yang telah dimasak sebelumya tidak sampai kekuningan bahagian atasnya, kalau dah samapi masak benar, nanti lapisan yang diletakkan di atas lapisan tadi tidak akan melekat.
Tak tahuler betul ke tidak.. tapi macam tu lah yang saya buat.
Tak tahuler betul ke tidak.. tapi macam tu lah yang saya buat.
written by fiza, October 26, 2008
Untuk melekatkatkan adunan lapisan atas,bila kluarkan kek untuk lapisan bawah perlu tekan dengan senduk or alat penekan kek lapis...baru la lekat
written by ct, December 16, 2008
iskh...susah bebonar nak wat kek lapis ni.saper2 tau tak kat ner leh bli o tempah kek lapis untuk hantaran area kl o selayango btu caves?
written by rin, December 21, 2008
buat kek ni perlu kan kesabaran...
selapis demi selapis..
sampai lah siap..
kalau nak cepat..
tak payah lapis banyak sangat..
selapis demi selapis..
sampai lah siap..
kalau nak cepat..
tak payah lapis banyak sangat..
written by Mimi, January 10, 2009
nak jwb soalan ct tu.....bebenornya sng jer buat tp leceh n amik masa n kene sabar...
kalu u nak beli jer....hehe..i le org nye...
mmg i buat n amik oder utk kek lapis
kalu u nak beli jer....hehe..i le org nye...
mmg i buat n amik oder utk kek lapis
written by robinah, March 29, 2009
nk buat kek lapis mmg sush tp bila mkn sedap.bnyk bahan nk kena sediakn.klau x nk buat sndri,beli je.
written by dahliadahlan, June 23, 2009
.#..banyaknya telur..
.#..makan masa gak ni nk masak ni..tapi tentu sedap pasal telurnya banyak.
.#..yg kakcik tau buat kek pelangi yg letak adunannya semua sekali..nampaklaaa macam2 kaler..
written by idasppk, September 15, 2009
ct...saya ambik tempah untuk kek lapis tapi hanya kek lapis asam manis aje. Selalunya memang saya buat untuk hantaran.
written by nooure, October 04, 2009
Saya baru saja bejinak-jinak membuat brownie...jadi ni teringin sangat nak try membuat kek lapis. Sebelum mencuba, saya sangat berharap seseorang dapat menjelaskan bagaimana nak membakar kek lapis menggunakan oven baby belling kerana ciri-ciri (features) agak berlainan daripada convensional oven.
Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.
| < Prev | Next > |
|---|






saya nak tanya.nak bg kek tu berlapis bakar asing2 ke?
n lau bakar asing2, mcm mn nak bg ddia melekat...
sekian terima kasih...