1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Selera hotel harga warung di Bidara Puteri, Melaka

User Rating: / 40
PoorBest 

Oleh: ROSLI MANAH

Apabila dengar makan di hotel, pasti kita akan terfikir pasal harganya yang lebih mahal berbanding harga di luar. Kadang-kadang rasa rugi kalau makanan atau minuman tersebut sama sahaja tastenya seperti yang dijual di luar.

Tapi lain pula situasinya di Bidara Puteri Resort, Pantai Puteri, Melaka. Malah mereka mempromosikan makanan pada harga rendah dan sama atau lebih murah berbanding harga di luar.


Bidara Puteri Resort di tepi pantai.

Image
Set steam boat disajikan.

Konsep warung di dalam hotel yang dibawakan sangat menarik. Lebih menarik apabila harga setiap makanan seperti mi goreng, kuetiau goreng atau bihun sup hanyalah RM3.50 sahaja satu. Murah kan?

Image
Menyelerakan steam boat ni...

Image
Konsep warung dalam hotel menarik. Harga pun murah.

Pengunjung-pengunjung pantai sekitar Pantai Puteri boleh mencubanya kerana ia bukan sahaja dibuka kepada penghuni, malah orang luar juga boleh singgah makan di situ.

Setelah penat mandi pantai atau letih memancing, bolehlah singgah makan dan minum di resort tersebut. Bila keletihan dapat makanan yang sedap pasti terangkat kan? Tak percaya cubalah?

Walaupun berkonsep warung, seleranya kekal sebagai selera hotel. Hanya harga sahaja yang tak ikut harga di hotel-hotel lain. Saya pernah mencubanya bersama kawan-kawan semasa berkunjung ke Malaka tidak lama dulu.

Penggemar-penggemar steam boat, ada juga set steam boat yang disediakan. Harganya juga berpatutan dan boleh dikira murah juga. Hanya RM18 ++ sahaja seorang. Ada sup dan ada tom yam. Pilihlah sup kesukaan anda.


Image
Sedap makan tu...

Kami makan berlima hari itu. Licinlah semua yang dihidang. Agaknya pada masa itu perut sedang kelaparan setelah penat pusing bandar Melaka dan berjalan-jalan di pantai. Kebetulan hari itu ada pesta memancing pula sepanjang pantai.

Kalau nak menempah awal untuk sekeluarga atau sesama rakan-rakan bolehlah hubungi talian 06-3518008 atau fax 06-3514008. Senang kalau tempah awal, kita set masa dan bila sampai semuanya telah siap terhidang.

Masa cuti sekolah ini bolehlah melancung bersama keluarga sambil memancing bagi yang gemar aktiviti itu. Bilik yang berkonsep apartmen sesuai untuk tinggal sekeluarga. Selamat bercuti ya.

Comments (6)Add Comment
0
Cun
written by umar, November 24, 2008
selain kat melaka,mana lagi tempat yang murah? Memandangkan menetap di utara. smilies/grin.gif
0
dimana tempat menarik dan harga perpatutan
written by roselinda shaker, December 25, 2008
salam :

aiansyallah saya sekeluarga seramai 6orang ingin melancong ke malaysia bisa beritahu saya dimana tempat yg menarik dan harga perpatutan kami kami sekeluarga dgn keadaan econic sedang tidak menentu insyallah masa cuti sekolah bulan 7 nanti wasalam
0
...
written by yana_87, January 12, 2009
ar..sy dengar pun hotel bidara tu murah..saya blik uk nati boleh la g mkn situ..
0
...
written by cha, February 02, 2009
pergi kat pantai tjg bidara dpan tue lg best kan...
jenjln dgn makwe..
smbil2 tue kalo lapar bley ar mkn kat resort..
hahahha.....
0
...
written by pd, October 19, 2009
bleh x bpe harge utk sorang.klau ok,nk booking utk 30 org
0
...
written by mafizah, November 12, 2009
Kalo nak tempah Hotel Bidara Puteri Resort ni boleh pegi website http://bidaraputerimelaka.wordpress.com/

smilies/grin.gif

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk



Iklan di EZTrade.com

Featured Ads from EZTrade.com