1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Meriahnya berbuka di Taman Sari Brasserie

User Rating: / 10
PoorBest 

Oleh: ROSLI MANAH

Jengah saja muka ke pintu Taman Sari Brasserie, selera terus datang. Masakan tidak... terhidang aneka pemanis mulut  yang berwarna warni dan dihias cantik di atas meja. Selera siapa yang tak terbuka.

Apatah lagi apabila datang untuk berbuka puasa. Banyak juadah yang mahu dijamah apabila terpesona dek barisan pemanis mulut yang disediakan.

Image
Suasana di Taman Sari Brasserie.

Memang itulah tujuan pemanis mulut dijadikan deretan juadah pertama menjamu mata pengunjung Taman Sari Brasserrie.

"Kami sengaja menghias indah pemanis mulut di depan sekali sebagai daya panarik," kata Chef Eksekutif Hotel Istana, Mohd. Ridzuan Abd. Malek kepada Saji Online.

Image
Umm... sedapnya pemanis mulut ni.

Wakil Saji Online sempat singgah berbuka di Taman sari Brasserie baru-baru ini.  Memang menyelerakan dengan pelbagai juadah yanag disediakan. Mereka tampil dengan konsep yang berlainan.

Lazimnya nasi beriani dihidangkan dalam bekas biasa sahaja. Tapi di Taman Sari Brasserie nasinya dihidang cantik dalam mangkuk yang bertutup papadom yanag dihidangkan di setiap meja. Unik dan menarik.

Image
Nyaman...

Ada orang kata, nasi tetap nasi dan gulai tetap gulai, resipinya mungkin sama, tapi kalau cara hiasan hidangannya berbeza, pasti nampak ada kelainan dan lebih membuka selera.

Bufet Ramadan di Taman Sari Brasserie membawa keistimewaan padanan resipi terbaik lokal,  Asia dan antarabangsa dengan tambahan masakan istimewa Lebanon.

Chef Lebanon dibawa khas untuk memasak juadah istimewa orang Lebanon sepanjang Ramadan. Beliau memasak di depan tetamu masakannya antara lain, falafel, samosa, shawarma daging, kambing dan ayam, kambing panggang, ayam bakar serta ikan besar menggunakan rempah Arab.

Lebih 100 juadah pelbagai taste disajikan dengan kadar bayaran RM99 ++ pada minggu pertama dan keempat dan RM115++ pada minggu kedua dan ketiga.

Antara juadah istimewa  ialah rojak, pecal, nasi kandar bersama masalla daging, kambing dan sayuran serta kari kepala ikan dan ayam negro. Turut disajikan otak-otak, pulut udang, roti canai, murtabak, asam pedas claypot serta percik ayam dan ikan.

Image
Bahagian seafood

Penggemar mi dan laksa boleh nikmati asam laksa, mi rebus, laksa Johor, laksa nyonya, kuew tiau goreng dan lain-lain.

Kalau nak cuba masakan Asia ada spring roll Vietnam, sashimi, maki, Calofornia roll, tempura, sushi serta aneka makanan laut seperti New Zealand mussel, udang, sotong, ketam dan lain-lain.

Hotel Istana juga menyediakan pakej istimewa kepada tetamu yang menginap di hotel mereka. Satu malam di bilik deluxe pada harga RM299++. Hanya tambah RM100++ untuk tembahan berbuka puasa di Taman Sari Brasserie.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-21419988 sambungan 3667.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk