1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Sahur sambil sembang di Concorde

User Rating: / 9
PoorBest 

Kalau nak cari tempat yang selesa untuk berhimpun sambil bersembang dan bertukar-tukar cerita pada bulan puasa ini. Bolehlah pilih Coffee House yang menyediakan juadah istimewa untuk bersahur.

Yalah kalau nak pilih waktu makan malam, sekarang ini dah jadi waktu berbuka puasa dah. Masapun singkat. Mana yang nak pergi berterawih dan macam-macam lagui nak buat. Ada juga yang sibuk nak keluar malam-malam nak pergi shopping baju raya.

Melting Pot Coffee House, Hotel Concorde, Kuala Lumpur juga antara spot yang jadi tumpuan warga kota berhimpun sambil bersahur. Bermula pukul 11.00 malam sehingga 4.00 pagi juadah disediakan.

Image
Antara juadah

Pada masa itu bagi yang berbuka dengan heavy food bolehlah jamah manja-manja sahaja. Lagipun sesuailah sebab jaudahnya juga tidak berat. Sesuailah untuk menjamu selera sambil bersembang bersama kawan-kawan.

Image
Aksi seorang pelanggan.

Image
Ringkas tapi sesuai untuk bersahur.

Ada juga yang turut berbincang pasal bisnes sambil makan-makan. Yalah waktu itu juga sesuai untuk berbincang dalam suasana santai.

Ada juga hiburan oleh kumpulan muzik yang menyanyi dari meja ke meja. Dan kalau ada lagu yang nak diminta anda boleh berbuat demikian. Santai dan nyaman.

Image
Ada juga hiburan.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk