Seharum Cempaka di Djeumpa
Buka puasa di Sajionline ingin membawa anda ke Djeumpa. Nikmati keenakan air tangan sajian Chef Zaidah yang menghidangkan makanan Melayu.

Antara hidangan pembuka selera yang dijamah tatkala berbuka ialah sajian lebih daripada 4 jenis kerabu yang terenak antaranya kerabu perut, mangga dan pucuk paku. Tidak ketinggalan juga hidangan kuih-kuih Melayu seperti seri muka, talam, tauhu sumbat dan pulut udang. Tatkala menjenguk ke hidangan utama seperti Udang Galah Sambal Petai, Daging Bakar, Daging Salai Lemak Cili Api, Ikan Bakar dan pelbagai, meleleh air liur tambahan pula kala melihat himpunan sambal pencicah dan ulaman, ini belum disebut pula hidangan laksa.

Meski hidangan Melayu ini biasa pada pandangan mata, namun datanglah ke Djeumpa untuk menikmati sendiri keenakan masakan yang disaji oleh pakar masakan Chef Zaidah, memang umpph.
Jomlah berkunjung ke Restoran Djeumpa, Kelab Oakleaf, Bukit Antarabangsa, Ampang.
Terdapat lebih 60 jenis hidangan buffet yang berbeza setiap hari dihidangkan pada harga RM34.20++ (bukan ahli selepas diskaun 10%), RM32.30++ (ahli selepas diskaun 15%), RM28.50++ (warga emas selepas diskaun 25%), dan RM 17.10 ++ (kanak-kanak 5 - 12 tahun).

written by ramdzan, September 21, 2008
written by muhamadsalahudin, October 23, 2008
makanan yang sedap dan menyelerakan perut terutana lauk sengang yang sedap,nasib baik kenal seorang geng yang ajak gi sana.saya cadangkan supaya restoran ini membuat lebih banyak promosi terutama bagi penduduk setempat,k tq
| < Prev | Next > |
|---|



Hidangan hebat yang saya tidak ketinggalan mencuba ialah daging masala, daging salai dan air asam, ayam percik, sotong kunyit, udang galah sambal petai, pari asam pedas dan sayur tauhu Jepun.
Tak sempat nak mencuba kerabunya kerana sudah kekenyangan. pilihan kuih muihnya juga menarik kerana ianya datang dari seluruh pelusuk semenanjung!
Rugi sesiapa tidak je Djeumpa.