Saji Online - Siakap Bakar Berempah
  1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Siakap Bakar Berempah

PDF Print E-mail

User Rating: / 57
PoorBest 

Siakap Bakar Berempah

BAHAN-BAHAN:

700 gm ikan siakap (belah belakang dan asingkan tulang)

1 sudu besar serbuk kunyit

10 gm rempah ikan bakar

1/2 cawan  cili kering kisar

2 labu  bawang besar (kisar)

4 cm halia (kisar)

6 ulas  bawang putih (kisar)

1 keping gula melaka 

Sedikit asam jawa

2 cm  belacan

1 sudu kecil lada sulah

Sedikit marjerin 

Sedikit madu 


CARA MENYEDIAKAN:

1. Terlebih dahulu, belah belakang ikan siakap dan asingkan tulangnya.

2. Kemudian sapukan ikan dengan serbuk kunyit dan lada sulah.

3. Panggangkan ikan  hingga masak.  Sambil ikan dipanggang, sapukan dengan madu dan majerin.

4. Sementara ikan masak, sediakan bahan rempahnya.

5. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

6. Barulah masukkan serbuk perasa, asam jawa dan gula melaka.

7. Masak bahan ini sehingga pecah minyak  dan pekat barulah diangkat.

8. Setelah itu, lumurkan bahan yang ditumis  tadi pada ikan dan siap untuk dihidangkan.

 

 
GoogleNews