1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Ikan Tasik Asmara

PDF Print E-mail

User Rating: / 0
PoorBest 



Bahan-bahan:

1 kg isi ikan merah - dibersihkan dan dipotong kecil
2 labu bawang besar - dipotong empat
3 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
5 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
Sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil cuka
2 biji lada benggala merah - dipotong dadu
2 biji tomato - dibelah empat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1.  Salut isi ikan bersama tepung ubi.
2.  Panaskan minyak dan goreng isi ikan itu.
3.  Apabila isi ikan menjadi kuning keemasan, angkat dan ketepikan.
4.  Tumis semua bahan yang dikisar sehingga naik bau.
5.  Masukkan sos tomato, sos cili dan cuka. Kacau.
6.  Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat.
7.  Masukkan lada benggala, bawang besar dan tomato.
8.  Barulah dimasukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau.
9.  Sementara itu, bancuhkan 2 sudu tepung jagung dengan air.
10. Tuangkan ke dalam kuah tadi.
11. Gaul rata. Jika ia agak pekat, bolehlah ditambah dengan sedikit air.
12. Masukkan serbuk lada sulah dan dikacau lagi.
13. Tuangkan kuah ini di atas isi ikan yang telah digoreng tadi.
14. Bolehlah dihidangkan panas-panas.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk