Acar Ikan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
5 ulas bawang merah - ditumbuk halus
1 sm halia - ditumbuk halus
1 labu bawang besar - dibelah 4
1 biji timun - dipotong panjang
1 batang lobak merah - dipotong panjang
5 tangkai cili merah - dibelah
5 tangkai cili hijau - dibelah
5 tangkai cili api - dihiris
Cuka secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara menyediakan:
1. Goreng ikan yang sudah dibersihkan dan digaul dengan sedikit kunyit serta garam. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan lobak merah dan kacau sebentar.
3. Masukkan juga timun, cili hijau, cili merah, cili api dan kacau lagi.
4. Masukkan pula garam, cuka, gula, sedikit serbuk kunyit dan air. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan bawang besar dan didihkan sebentar sebelum diangkat dan dituangkan di atas ikan.

| < Prev | Next > |
|---|





