Kari Ikan Bawal Hitam

Bahan-bahan:
600 gm ikan bawal hitam - dibersihkan
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
3 paket rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili - jika suka
1 sudu besar serbuk kas-kas
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan cair
3 cawan air
2 tangkai daun bawang - dikerat 2 sm
7 biji bendi
2 tangkai daun kari
2 biji tomato - dibelah 4
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk ditumis:
1 labu bawang besar - dihiris
1 biji tomato - dihiris
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
1 batang serai - dititik
2 sm halia - diketuk
1/2 cawan minyak
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan untuk ditumis.
2. Menggunakan api perlahan, kacau bahan tumisan ini hingga berbau harum.
3. Masukkan pula daun kari dan bahan-bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah kari ikan, serbuk cili dan serbuk kas-kas. Kacau hingga rata.
5. Apabila pecah minyak, masukkan 3 cawan air.
6. Kemudian, masukkan air asam jawa dan santan.
7. Selepas itu, masukkan ikan bawal.
8. Apabila kuah mulai menggelegak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau. Kacau.
9. Biarkan hingga mendidih, baru dimasukkan garam dan daun bawang. Kacau hingga rata dan padamkan api.

| < Prev | Next > |
|---|





