Hidangan Ikan
Kerapu Masak Cuka

Bahan-bahan:
600 gm ikan kerapu
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil minyak
20 gm cendawan kering - direndam dan dihiris halus
3 batang sawi
5 cm halia - dihiris nipis
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar isinya.
2. Tumis hirisan halia sebentar saja, kemudian masukkan cendawan, cuka garam, 1 1/2 cawan air dan masak sambil dikacau hingga rata.
3. Masukkan ikan dan biarkan masak.
4. Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air kemudian tuang ke dalam kuah ikan. Balik-balikkan dan kacau hingga rata.
5. Masukkan sawi dan angkat setelah sawi layu sedikit. Hidangkan panas-panas.
Kerapu Sambal Bermadu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu saiz besar - dibelah dan dibuang tulang
Sedikit serbuk kunyit dan garam
6 tangkai cili padi - ditumbuk lumat
3 kuntum bunga kantan - dicincang
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 sudu besar sambal belacan
1 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
3 sudu kecil stok ayam Maggi (dalam botol)
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Lumur ikan dengan garam, kunyit dan goreng terenda. Setelah garing, angkat dan tuskan.
2. Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bawang putih serta sambal belacan hingga garing.
3. Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga masak di atas api sederhana.
4. Tuangkan pes yang ditumis tadi di atas ikan yang telah digoreng.
5. Hias ikut suka.
Kari Ikan Portugis

BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
BAHAN A:
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN B:
100 gm tomato (hiris)
3 biji cili hijau (hiris)
1 batang serai (ketuk)
BAHAN C:
1/2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
BAHAN D:
5 helai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu kecil stok ikan bilis
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A dan bahan C hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan B dan bahan D. Selepas itu, masukkan ikan tenggiri. Kacau sebati.
3. Masak sehingga kuah mendidih.
Sup Tauhu Sumbat Ikan

Bahan-bahan:
200 gm isi ikan tenggiri
1 sudu besar minyak
15 biji tauhu goreng
50 gm cendawan hitam - rendam dan hiris
1 ikat kecil suun - direndam
1 biji petola
1 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam
1 batang daun sup
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit soda bikarbonat dan garam
Cara Menyediakan:
1. Kisar ikan kemudian canpurkan dengan lada hitam, cuka, garam, soda bikarbonat, tepung jagung dan telur.
2. Masukkan 2 cawan air dan cendawan kering ke dalam periuk dan jerang di atas api.
3. Sementara itu, tauhu dibelah sedikit dan sumbatkan dengan adunan isi ikan, lakukan hingga selesai.
4. Masukkan tauhu berisi ikan ke dalam periuk tadi.
5. Masukkan pula suun dan sedikit garam, diikuti petola.
6. Angkat dan taburkan daun sup, hidangkan panas.
Sambal Ikan Masin

Bahan-bahan:
200 gm isi ikan masin kurau - dipotong kecil
10 tangkai cili kering - kisar halus
2 labu bawang besar - kisar halus
2 ulas bawang putih - kisar halus
1 cm belacan - kisar halus
1/4 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Masuk air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga rata kemudian baru dimasukkan ikan masin yang telah digoreng. Kacau seketika, dan angkat.


