1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Jom belajar buat coklat

User Rating: / 80
PoorBest 

Anda meminati coklat dan mahu belajar cara membuat aneka coklat dengan pakar coklat? Kalau mahu jangan lepaskan peluang mengikuti kelas yang dianjurkan oleh School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts, Kolej KDU, Damansara Jaya, Kuala Lumpur mulai 7 Februari  2009 ini.


Meriahnya coklat

Pihak penganjur mensasarkan golongan profesional, pembuat coklat di rumah, tukang masak serta peminat coklat untuk menyertaikelas yang mereka anjurkan.

Semua peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan selesa dan lengkap berkasut. Set pemula,  apron, buku nota dan topi pakai buang disediakan kepada peserta.

Bahan-bahan memasak, peralatan turut dibekalkan semasa di dalam kelas. Bagaimanapun peserta digalakkan membawa alat tulis sendiri sebagaimana yang diperlukan.

Berapa yuran?

Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM100. Yuran kursus pula RM2998 untuk lapan sesi yang dijalankan selama lapan minggu. Ia termasuk kelengkapan dan bahan memasak yang dibekalkan. Bayaran hendaklah dibuat atas nama KDU College Sdn. Bhd.

Kelasnya setiap hari Sabtu pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Antara kursus yang bakal dipelajari ialah; All About Chocolate, Moulded Chocolate, Enrobed Chocolate, Clustered Chocolate, Chocolate Ganaché, Granola Bar, Croquant/Daim Bar dan Chocolate Box & Chocolate Roses.


Enaknya coklat kalau dibuat sendiri

Kelas dibuat secara demonstrasi oleh pakar cokolat serta teori pasal coklat. Turut diajar praktikal di dalam kelas oleh peserta sendiri. Peserta akan mendapat sijil KDU/IMI International Swiss Certificate in Basic Chocolate Making.

Sebarang pertanyaan pasal pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-7728 8123 dengan sambungan 414 (Chef Zam) dan sambungan 401 (Bhawani).

Comments (52)Add Comment
0
...
written by sueskopio76, January 06, 2009
beshnyerr coklatt..
tapi... mahai bebenor la pulak yurannyer tu... smilies/sad.gif
0
...
written by puteri3, January 07, 2009
Yummmmmmyyyy............

Betul2....mahalnya....x mampu plak nak bayar yurannya...pastu zaman skrg, selalu jea org guna rege...RMXX99...98... ke...saje nak tarik org....
0
uuuummmmm......
written by ani, January 09, 2009
I pun rasa mahal skit, tapi kalau nak dikira kos coklat import, perkakasan untuk dibawa balik dan sijil dari Switzerland tu, ok lah kot. Pulak tu, bukan ramai yang terer nak ajar coklat ni. Biasanya hanya omputeh yang terer, ye dak? Lepas ni nak buat bisnes coklat pun boleh.... balik modal....
0
sedapppnyee...tapi
written by balqis, January 12, 2009
seronok....rasa macam nak join...tapi tak mampu la....cukup la takat buat kek coklat
0
12-01-09
written by yana_87, January 12, 2009
ar2..la..mahal
i pun minat sangat nak belajar buat coklat ni.sbb itu hobi i,selain pandai wak kek n pasry..i kat uk ni selalu mkn coklat.mat saleh2 pandai wak coklat.i ada beli buku buat coklat tau.tp i nak belajar gk..kurang la ckit yuran tu
0
Nak tanya...
written by shar, January 16, 2009
Boleh tak kalau nak belajar 4 sesi saja? Thanks.. smilies/smiley.gif
0
Kursus Coklat
written by Chef Zam, January 23, 2009
Salam semua .

Kursus ni agak mahal sedikit kerana chocolate yang digunakan adakan jenis couverture yang diimport dari Belgium. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 32% cocoa butter jika dibandingkan dengan coklat masakan biasa yang berdasarkan gula yang tinggi dan hampir tiada kandungan cocoa butter yang berfungsi bagi mencantikkan serta menyedapkan rasanya. Perkakasan yang digunakan juga tinggi harganya dan para peserta akan dapat membawa pulang semua coklat yang dihasilkan selain dari mendapat satu set perkakasan untuk dibuat di rumah selepas tamat kursus. Chef Amer Hamzah ini adalah salah satu dari Master Chocolatier di Malaysia yang telah berjawa memenagi banyak pertandingan diperingkat antarabangsa dan untuk pengetahuan anda semua, tidak ramai Chef di Malaysia yang pakar dalam pembuatan coklat dan kelas membuat coklat amat jarang ditawarkan.

Selain dari itu, semua para peserta akan mendapat sijil pengiktirafan dari International Hotel Management Institute, Switzerland. Yang paling penting, semua coklat yang diajar adalah HALAL.

Kepada Shar & Yana, saya boleh benarkan anda untuk mengikuti 4 sesi sahaja kalau anda nak dan bayarannya ialah RM400.00 untuk setiap sesi. Hubingi saya jika berminat: \n This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it '> This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Wassalam
smilies/grin.gif smilies/grin.gif
0
macam mana buat cokelat
written by lovelyn janta, January 25, 2009
macam mana buat cokelat. smilies/sad.gif smilies/cry.gif
0
cokelat
written by lovelyn janta, January 25, 2009
wassalam,saya mahu tanya macam mana buat cokelat. smilies/sad.gif smilies/cry.gif
0
...
written by chef zam, January 25, 2009
Salam.

Jawapannya..... sertailah kursus diatas smilies/grin.gif

Chef Zam
285
...
written by betty, January 29, 2009
coklat cantik2 ni takut nak makan, buat hiasan cantik gak. berape lame leh tahan dlm room temp.?
0
eeee....sedapnye..
written by che embun, January 29, 2009
Saya memang berminat nak buat coklat tapi mahal la kursus nye...x de ke yg buat 1 atau 2 seisi saje.Saya nie dah le calon2 yg akan diberhentikan kerja kerna kemerosotan ekonomi.Kalau dapat bole gak buat bisnes...
0
sekadar bertanya
written by melur, January 30, 2009
SALAM ... SEKADAR PERTANYAAN.. ADA TAK PIHAK KDU MENGELUARKAN CD MEMBUAT COKLAT. K TQ
0
...
written by zara, February 02, 2009
kena buat full pymt atau bole byr instalment x? mahal sgt la.. smilies/cry.gif
0
...
written by chef zam, February 02, 2009
Hi Zara,

Boleh buat 3 instalments tapi kena kasi post-dated cheques on the first day . Memang le mahal sikit tapi ini professional course. Sila rujuk kepada jawapan saya diatas mengenai kursus ini dan kenapa ianya mahal.

Thanks

Chef Zam
0
Chocolate...
written by Nor Azlin, February 04, 2009
Best nyer ..tapi mahal laa..minat nak belajar..
0
...
written by zara, February 04, 2009
sy seorg suri rumah yg b'minat dgn kursus ni. tapi sy musykil senang ke nk dptkan bhn2 & alat2 perkakasan untuk buat coklat sendiri di rumah selepas kursus ni?

dan selepas ni ade buat lagi x?
0
...
written by Chef Zam, February 05, 2009
Salam Zara,

Anda akan diberikan satu set starter kit yang mengandungi peralatan asas. Chef Amer jugak akan membawakan bahan-bahan tambahan jika ada yang berminat untuk membeli dan membuat sendiri dirumah nanti. Saya akan cadangkan senarai kedai-kedai yang ada menjual bahan-bahan yang diperlukan. Jangan risau. Datang je smilies/smiley.gif

Untuk pengetahuan anda, inshallah kita akan adakan lagi nanti tapi belum tahu tarikhnya sebab agak susah nak dapatkan Chef Amer ni. Saya dah booked dia sejak tahun lepas lagi dan tahun ini baru dia kelapangan.
0
jom belajar buat coklat
written by noor, February 05, 2009
teringin nak belajar.tapi mahal kus semangat.agak cara buat sama tak dalam majalah saji bulan ogos2008.
0
...
written by nani, February 08, 2009
chef...

kalau ada CD cara membuat coklat saya pun Insya Allah nak beli. mahal sangat kursus tu..

next time buat lah kursus dg coklat lokal pulak. mesti lebih murah kan cost dier...

thanks. smilies/kiss.gif
0
kelas cokelat
written by suriya, February 09, 2009
Salam Chef, Saya minat nak belajar tapi bolih tak chef ajar
intensif 1 atau 2 hari ?
317
sedapnye...
written by sayha, February 10, 2009
mahal sangat la...
nk ikut tp harga yuran....ya allah... smilies/grin.gif
0
Kursus coklat
written by Rizz, February 10, 2009
Saya dah ikuti first class kursus ni...memang berbaloi walaupun baru 1 class. N the coklat mmg beza dgn local punye....sbb saya buat bisnes kecik-kecik jual coklat...rasanya yuran tu pejam mata je la...lawat la blog saya untuk tengok gambar masa kursus..chocolatemommy-yang.blogspot.com
0
urm..ada komen nie
written by ummi, February 12, 2009
urm..cokelet nie ummi tak berapa suka laa..urm..
sorry eh..!! kureng skett arr cokelet nie
so, nk komen tu...kena p k lah.. smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif
0
Cake decorating workshop
written by Chef Zam, February 12, 2009
Salam semua,

Pengumuman: KDU akan menganjurkan kursus menghias kek selama 2 hari bermula 7hb March 2009 dari 10am-5pm. Harganya RM950.00. Saya akan update details nya nanti.

Wassalam..
0
ermmm...
written by safura, February 17, 2009
waa...beshnyer cokolat tue..hmm sy teringin nk blaja n wat untk org tsyang n mumitoo.. smilies/kiss.gif
tp yuran 2 quite mahal laa.. smilies/sad.gif
0
hai....
written by siti zuleha, February 18, 2009
emmm sedapnye coklat tue...saya memang berminat sangat nak belajar cara yang betul membuat coklat yang sedap dan bermutu tinggi...tapi masalahnya cuti saya tidak menentu coz saya bekerja di singapore...dan saya pula tinggal di johor bahru...saya berbesar hati sangat kalau chef dapat mengadakan kursus nie kat jb...rasanya pasti ramai yang berminat untuk meyertai...
0
...
written by nissa, February 19, 2009
chef zam...saya beminat sangat nak sertai kursus ni dan saya rasa yurannya amat berbaloi..saya mempunyai sebuah kedai tetapi belum menjalankan apa-apa business atas premis. byr sewa je bulan2 coz saya minat nak bukak kedai coklat cuma tiada pengetahuan dalam pembuatan coklat. soalan saya, dalam kursus ini ada di beritahu dimana kita boleh dapatkan peralatan membuat coklat untuk sebuah kedai? berapa setup cost untuk kedai coklat?
0
...
written by Chef Zam, February 23, 2009
Salam Nissa,

Chef Amer akan menjawab semua persoalan anda dikelas itu nanti. Saya akan umumkan pusingan kedua bila kami tetapkan tarikh barunya kelak. Untuk update, sila layari www.kdu.edu.my/h&tshortcourses

Wassalam
Chef Zam
0
...
written by atfan, February 24, 2009
hello,

Bila pandangan je coklat tu memang sedap. Memang saya berminat sangat. Tapi kos nya amat tinggi. ada juga tempat nye murah cuma RM220 je.. nak katakan peralatan tu dan bahan memang le mahal tapi peralatan tu, rasa dah balik modal oleh KDU. Boleh tak chef zam buat kat tempat yang murah sperti dewan seberguna.. peralatan bawa yang simple je..
0
...
written by atfan, February 24, 2009
hello,

Bila pandangan je coklat tu memang sedap. Memang saya berminat sangat. Tapi kos nya amat tinggi. ada juga tempat nye murah cuma RM220 je.. nak katakan peralatan tu dan bahan memang le mahal tapi peralatan tu, rasa dah balik modal oleh KDU. Boleh tak chef zam buat kat tempat yang murah sperti dewan seberguna.. peralatan bawa yang simple je..
0
...
written by Chef Zam, February 24, 2009
Salam Atfan,

Ingin saya katakan disini bahawa kursus yang kami tawarkan ni bukan untuk semua orang. Ianya untuk mereka yang benar-benar berminat dan tahu perbezaan antara kursus yang berharga RM2998 dengan RM220. Untuk pengetahuan awak, dibawah ini saya senaraikan perkakasan dan harga modal yang dibawa pulang oleh setiap peserta:

1. Acuan- RM170
2. Thermometer- RM38
3. Dipping forks- RM39.50
4. Apron- RM18
5. Cutter- RM9
6. Rubber spatula- RM4.00
Total: RM278.50

CAMPUR:
Gaji Chef- RM150/jam x 4 jam x 8 sessions
Belgian couverture chocolates- RM40/kg x 50 kg
Chocolate warmer 3.5 liters- RM2500 x 2 unit
Refreshments- RM4.00/seorang x 8 sessions
Sewa dapur- RM500/hari x 8 hari
Student helpers- RM50/hari x 2 orang x 8 sessions
Macadamia nuts- RM78/kg x 5 kg
Almonds- RM43/kg x 5kg
Dried cranberries, Apricots, walnuts, pure cocoa butter- RM-+400
Praline
Compound chocolates
Notes & recipe printings
Scapers, palette knives, offset spatulas, trays, bowls, parchment papers, boxes
Large Moulds- RM206 x 15
Medium moulds- RM170 x 15
Advertisements (The Star)- RM3,500/half page x 3 inserts
Dan lain-lain kos

Jadi, kalau awak dapat kelas RM220 yang menyediakan segala yang sama seperti kami, saya pun boleh cadangkan pada students saya supaya ke sana. Kalau boleh awak tolong saya carikan dewan serbaguna yang ada aircond yang bagus dan kelengkapan, saya sanggup adakan di sana.

Chef Zam
0
...
written by Rizz, February 24, 2009
Hi Chef Zam,

Cayalah....I tau ada tempat murah, tapi as you said...totally agree with you.
0
course buat coklat
written by dla, March 01, 2009
hi chef zam

saya pun betul2 berminat utk join course ni tp yuran dia terlalu mahal utk saya...ada x cara lain utk membayar yuran nyer...saya tau ramai yg nak sertai course ini tp ia nyer mahal...kalau harga nye murah saya pasti ramai yang akan menyertai nyer...dr sini juga kita blh menambah bilangan org islam yang boleh buat coklet yang dh tentu nyer halal...saya harap chef zam dapat mencari altenatif lain berkenaan bayaran nyer...

tq smilies/smiley.gif
0
...
written by Chef Zam, March 02, 2009
Salam Dla,

Inshallah saya akan usahakan & bagitau semua nanti.

Chef zam
0
Booking for next chocolate course
written by nissa, March 03, 2009
Hi Chef Zam..saya ada call chef zam berkenaan dgn kursus chocolate. Hope chef zam dapat inform and masukkan nama saya untuk next class ya. Confirm smilies/wink.gifSaya dah email Chef Zam.
0
...
written by Chef Zam, March 03, 2009
Salam Nissa,

Saya dah simpan your e-mail address. Nanti bila dah confirm date untuk pusingan kedua, saya akan bagitau smilies/grin.gif

Chef Zam
0
Adakan di JBahru-Bekerjasama dengan Kolej Komuniti
written by AzlinaOsman, March 04, 2009
Chef Zam,
Saya nak cadangkan Chef Zam adakan kursus ni di johor Bahru bekerjasama dengan Kolej Komuniti..rasanya sewanya lebih murah...& saya bole approach Kolej Komuniti nie...

Thanks
1252
...
written by Masniza Binti Zainol, March 17, 2009
Hi Chef Zam,
Saya memang minat sangat nak buat chocolate buatan sendiri dan bersedia nak belajar...tapi saya terpaksa bekerja pada hari sabtu pulak...susahnya. smilies/sad.gif
1440
Kumpul Duit
written by CtAzura, March 28, 2009
Salam Chef Zam..
Saya sedang BerJIMAT untuk simpan duit sebab nak sangat belajar buat chocolate nie..
Azam saya nak buka "Kios Chocolate".
Harap chef akan adakan class ni lagi..
Tq..
0
ok
written by http://www.wotlkgold.net, April 02, 2009

Buy wow power leveling and wow power leveling wow power leveling
0
...
written by Kelly Walther, April 22, 2009
any class in penang?
0
i pengen juga belajar bikin coklat
written by ayang, April 23, 2009
saya orang indonesia, saya juga ingin belajar membuat coklat. saya ingin tanya, disini diajarkan pembuatan coklat dari mulai biji sampai jd coklatkah? seandainya saya mengikuti kursus in, adakah penginapan yg dekat dengan tempat kursus, sehingga saya bisa hemat cost saya. ada tak discuont untuk peserta dr luar malaysia??? makasih chef
0
...
written by ayang, April 23, 2009
o ya.. saya juga bisa minta jadwal kursusnya, bisa tolong kirimkan langsung ke email saya.. makasi lagi chef..
0
...
written by asha, May 26, 2009
Salam Chef Zam..

Saya berminat sangat nak buat coklat ni, tp buat masa ni tak mampu lagi nak sediakan yuran sebanyak tu. Cuma saya nak tau bila lagi kelas coklat Chef Amer akan diadakan dalam tahun 2009 ni? Mudah-mudahan duit yang dikumpul cukup. Area Shah Alam lah ye

Terima kasih.
0
minat sgt!
written by emil, July 08, 2009
alamakk.. tpt dh dekat dh dgn rumah, tp... yuran tu mahal nau! tapi nk dptkan ilmu, tak kira la kan... tp tu la... dh congak2, mmg tak mampu lerr... uhukhukkk smilies/cry.gif
0
...
written by az, July 19, 2009
Assalamualaikum Chef,

Saya berminat untuk belajar membuat cokelat. Namun begitu, saya bekerja dan tinggal dipantai timur, sedikit kesulitan untuk saya mengikuti kursus yang telah dibuat oleh KDU sebelum ini. Oleh itu saya berharap sekiranya chef dapat aturkan juga kursus membuat cokelat secara intensif dalam waktu cuti sekolah. Harap chef dapat pertimbangkannya kerana saya rasa ramai yang ingin mengikutinya tetapi tidak kesampaian kerana disebabkan oleh kekangan masa dan wang. Sekian. Terima kasih chef. smilies/smiley.gif
0
maaf
written by anyyss, August 16, 2009
maaf la lari dari tajuk...
cuma nak tanya....
camne nak dptkn cocoa butter???
dah puas cari...xjumpa smilies/cheesy.gif
0
belajar buat coklat
written by serangga, September 12, 2009
salam, sy berminat dgn krusus ini..
tapi, ada tak diadakan di jb..
jika ada.. bila?
sila email sy..

thank smilies/wink.gif
7545
bminat..
written by tajulasyikin, May 29, 2010
salam chef..
saya mmg tgh cari tok guru yg blh ajar wat coklat..
masih open lg ker course ni?? then, mmg hanya wat kat KDU kolej kt KL ker?? coz saya org johor..tq..

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk