1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

SajiOnline V2

Chef Saji: Resipi kreatif bawa tuah Maizun

Written by Rosli Manah

Kreativiti resipi paceri rambutan membawa tuah kepada Maizun Ibrahim apabila dinobatkan sebagai Juara Pencarian Chef Saji-Rempah Mak Dara yang di adakan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Julai lalu.

Maizun, 63, melayakkan diri  ke peringkat akhir pada November nanti yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur. Jangan sangka orang berusia tidak kreatif menghasilkan masakan yang menarik  dan enak.

nasi pandan
















Baru-baru ini saya berkunjung ke Bangkok, dan di sana saya diperkenalkan dengan nasi lemak pandan. Biasalah orang Thailand kadang-kala terlebih kreatif. Nasi lemak pandan sebenarnya sama saja dengan nasi lemak kita, tinggal lagi ia diwarnakan dengan warna hijau. Warna hijau hasil perahan air pandan kisar membuatkan nasi lemaknya bertambah wangi.

Nasi lemak ini tidak dihidangkan dengan sambal, telur, ikan bilis dan timun seperti di negara kita. Nasi ini malah dihidangkan dengan acar timun ataupun kerabu mangga serta kari merah ayam Thailand. Hidangan ini juga sesuai dijadikan set menu untuk majlis keramaian.

Di sini saya sertakan resipi kari merah siam yang biasanya dimasak dengan ayam.

bingka serbuk roti

Oleh: Noor Joha Ahmad

 

 

Bingka serbuk roti berpisang

 

 

Memandangkan saya ada lebihan pisang setelah membuat lempeng pisang berkoko tadi, pisang emas selebihnya saya kupas dan hiris nipis menjadi tiga hirisan setiap sebijinya. Saya gunakan sebanyak 15 biji pisang emas kesemuanya.

 

Kemudian saya ambilkan se tin susu cair dan tuangkannya ke dalam bekas. Saya pukul dengan tiga biji telur,  satu sudu besar esen vanila serta tiga perempat cawan gula perang hingga sedikit kembang.

 

Setelah itu saya  masukkan  satu cawan kelapa kering (jenis untuk membuat kek) dan setengah cawan serbuk badam.

 

 

 

Saya gaul sebati sehingga sekata.

 

Langkah seterusnya ialah mencampurkan satu setengah cawan serbuk roti. Saya gaul rata lagi sehingga sekata.

 

Ambil bekas mengikut cita rasa anda dan sapukan dengan shortening dan lapikkan dengan kertas surih pada bahagian bawahnya.

 

Tuangkan sedikit adunan dan ratakan. Kemudian lapiskan dengan hirisan pisang. Kemudian tuang lagi adunan dan lapiskan pisang lagi sehingga tiga kali.

 

Bakar pada suhu 190 darjah selsius selama 45 minit atau sejam.

 

 

Bengkel Memasak SAJI Bersama Chef Kamarul & Rempah Mak Dara

Muat Turun Borang Penyertaan Di sini.

begedel jagung

Resipi oleh: Noor Joha Ahmad

 

Begedel jagung berudang ini selain enak dimakan dengan nasi juga boleh dimakan begitu sahaja. Sebaiknya kita gunakan jagung tongkol yang disisir bijinya. Jagung tongkol masih mempunyai kanji yang menghasilkan rasa lemak dan kanji itu juga mengelakkan begedel terlerai bila digoreng.

sisir tiga tongkol jagung dan tumbuk lumat. Jika kita ingin menggunakan pengisar kering juga boleh.

Setelah itu tumbukkan 9 ulas bawang putih hingga lumat. Campurkan dalam adunan jagung. Masukkan juga satu sudu kecil garam. Udang yang dikupas kulit kita potong kecil dan gaul sebati dalam adunan. Pecahkan sebiji telur dan gaul lagi.

Sebaiknya adunan dibiarkan selama setengah jam dalam peti sejuk sebelum kita cucurkan. Minyak yang digunakan jangan terlalu banyak, dan kemudian kita sendukkan dengan sudu perlahan-lahan dan cucurkan dalam minyak yang panas. 

Begedel ini jangan dibalik-balikkan selalu. Biarkan ia garing pada sebelah bahagian dan barulah kita balikkan dan kemudian angkat.

 

 

Daftar Masuk