1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

sambal goreng betawi

PDF Print E-mail

Resipi oleh: Noor Joha Ahmad

Sambal goreng Betawi

Sambal goreng jenis ini berlainan sedikit dengan sambal goreng Singapura. Kelainannya ialah udang. Sambal goreng Singapura banyak menggunakan udang selain hati lembu, tempe, tauhu dan kentang.

Kalau di Indonesia, sambal goreng Betawi juga ada pelbagai jenis rupa dan cara memasaknya. Resipi yang ingin saya berikan ini merupakan sambal goreng Betawi yang biasa dimasak untuk hidangan dalam jamuan kenduri kahwin dan juga pada Hari Raya.

BAHAN-BAHAN:

2 biji kentang

1 paket tempe (bungkus plastik)

3 keping tauhu

¼ kg hati  ayam/lembu (rebus empuk)

Bahan tumisan kisar:

10 ulas bawang merah

6 tangkai cili merah

1 batang serai

3 cm belacan

4 ulas bawang putih

Bahan lain:

2 helai daun salam

5 cm lengkuas (hiris)

½ cawan air asam jawa (cair)

Gula melaka dan garam

1 1/2  cawan santan cair

Sedikit suhun (rendam)

CARA MEMASAK:

1. Bahan utama dipotong dadu kecil dan digoreng berasingan. Kemudian kita kurangkan minyak gorengan tadi dan tinggalkan sedikit.

2. Masukkan bahan tumisan dan tumis sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan pula bahan-bahan lain (kecuali suhun) dan gaul rata. Setelah mendidih, masukkan bahan gorengan dan suhun dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga santan meresap.



Jika kita tidak suka makan hati lembu, kita tukarkan dengan pedal ayam, hati ayam ataupun paru. Ada juga sambal goreng Betawi yang menggunakan bahan-bahan seperti itu.
Orang Indonesia kalau masak menggunakan gula, mereka lebih suka guna gula melaka, gula kabung ataupun gula enau berbanding gula pasir putih.



Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk