Chef cuba potong jalan
Baru-baru ini Lesung Batu ada berborak dengan seorang chef selebriti yang kira seniorlah jugak. Sejak dulu lagi dia sudah buat demonstrasi memasak di mana sahaja malah sudah puas memasak di kaca TV.
Memandangkan nama dia terkenal, ada chef baru yang berbaik-baik demi mendapatkan peluang untuk dikenali ramai. Memang chef yang sorang tu kini semakin dapat tempat. Banyak yang dah dilakukannya.
Tapi yang tak sedap telinga mendengar apabila dia cuba memburuk-burukkan chef lain kepada pihak ketiga.
Ceritanya macam ini... apabila dia berbincang dengan pihak ketiga, dia siap memberi amaran kepada pihak itu (pihak ketiga ni kira macam penaja jugaklah) supaya tidak menggunakan khidmat chef lama tu.
Memang lupa diri betul dia tu. Padahal chef itulah yang menolong dia masa dia mula-mula nak naik dulu. Inikah balasanmu...
Tapi Lesung Batu tengok chef lama tu taklah luak. Masih ada lagi kelibatkan ke sana-sini dengan pelbagai aktiviti yang dia buat.
"Aku ni banyak benda yang aku buat, awak tu hanya jadi chef sahaja, sepatutnya jagalah periuk nasi itu jangan sampai tak ada orang percayakan awak lagi," kata Chef lama tadi kepada Lesung Batu.
Lesung Batu: Sentiasa ingat jasa orang, tapi kalau orang buat silap pula susah pula nak lupakan. Resam dunialah tu kan.

written by dahliadahlan, July 12, 2009
.#.. rasa2nyalah cerita ni cerita lama..orang kata dah basi.Kenapa wat keluar lagi.Dah basilah....Kesah seorang chef kondem Chef Glamor masa kat Thailand... dia ni gak kan?
.#.. rasa2nyalah..cik Lesung Batu kurang peka akan perkembangan sekeliling.
.#.. sori aaaaar...kasi tajam lagi itu Lesung..baru ramuan makin lumat..
written by Tajam Batu, August 13, 2009
written by ryon hehehe, October 26, 2009
| < Prev | Next > |
|---|



BIASALAH BANYAK DAH YG TERJADI MACAM NI
SABAR AJERLAH
SETIAP PERBUATAN ADA PEMBALASANNYA DAN HIKMAHNYA TETAP ADA PADA KITA YG DIANIAYA