1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Biskut

Biskut Kacang Hijau

 

Bahan-bahan:

7 oz tepung kacang hijau (cap Babas)

5 oz tepung ubi

8 oz buttercup

4 oz gula aising

1 1/2 biji kuning telur

Sedikit pewarna hijau

Sebotol manik Non Pariel Mix Colour

 

Cara menyediakan:

1. Goreng tepung kacang hijau dan tepung ubi hingga wangi.

2. Kemudian, campurkan kesemua bahan kecuali manik.

3. Gaul hingga sebati menggunakan sudip kayu.

4. Apabila adunan siap, canai doh.

5. Terap doh mengikut acuan kesukaan anda.

6. Sapukan kuning telur di atas biskut.

7. Taburkan manik di atasnya sebagai hiasan.

8. Bakar biskut ini pada suhu 130 darjah Selsius selama 25 minit.

Sesame Squares

User Rating: / 1
PoorBest 



Bahan A:

250 gm mentega
50 gm lemak sayuran (Crisco)
200 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila


Bahan B:

140 gm kacang cincang
60 gm bijan - digoreng tanpa minyak


Bahan C:

280 gm tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
60 gm tepung jagung


Cara menyediakan:

1. Pukul bahan A sehingga sebati.

2. Masukkan pula bahan B dan pukul lagi.

3. Ayak bahan C ke dalam adunan tadi dan gaul rata

4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.

5. Canai doh dan potong empat persegi.

6. Golekkan ke dalam bijan dan susun dalam dulang pembakar.

7. Bakar dengan suhu 130 darjah selsius selama 20 minit.

Bebola Milo

User Rating: / 23
PoorBest 



Bahan-bahan:

60 gm mentega
60 gm gula kastor
60 gm serbuk badam atau gajus
3 sudu besar serbuk milo
Sedikit esen vanila
2 sudu besar jem (sebarang perasa)
Serbuk kek (lebihan kek yang dihancurkan) secukupnya (sebarang perasa)
Coklat urai berwarna-warni

Cara menyediakan:

1. Putar mentega dan gula sehingga berkrim.

2. Campurkan esen vanila, serbuk kek, milo, serbuk badam dan jem.

3. Gaul rata hingga menjadi doh.

4. Bulat-bulatkan dan golek ke dalam coklat urai.

5. Masukkan bebola ke dalam mangkuk-mangkuk kertas.

6. Bolehlah dihidangkan.

Chocolate Hazelnut Mint Slice

User Rating: / 4
PoorBest 



Bahan-bahan:

150 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
20 gm tepung kastard
130 gm mentega
20 gm crisco
70 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1/4 sudu kecil esen pepppermint
1/8 sudu kecil serbuk penaik
1/8 sudu kecil soda bikarbonat
50 gm serbuk kacang hazel
30 gm serbuk gajus
20 gm coklat urai


Bahan-bahan hiasan:

Kuning telur
Coklat masakan


Cara menyediakan:

1. Putar mentega, crisco, gula, kuning telur dan esen peppermint hingga sebati.

2. Masukkan bahan-bahan kering yang lain dan gaul sebati.

3. Canai doh setebal 7 mm dan terap dengan acuan empat segi atau dipotong empat segi menggunakan pisau.

4. Sapu kuning telur di atasnya.

5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius selama 15 hingga 20 minit.

6. Apabila biskut masak, biarkan ia sejuk.

7. Kemudian salutkan separuh biskut dengan coklat masak yang dicairkan dengan kaedah double boiler.


(Perhatian):

Double boiler adalah kaedah mencairkan coklat dalam bekas yang dialas dengan bekas lain berisikan air dan dipanaskan di atas api.

Almond Cluster

User Rating: / 2
PoorBest 



Bahan-bahan:

125 gm mentega
20 gm crisco
80 gm gula perang
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen kopi
1/4 sudu kecil pes coklat
1/4 sudu kecil nescafe
200 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
20 gm tepung sagu
1/8 sudu kecil serbuk penaik
40 gm nestum - dikisar
2 sudu besar susu tepung

Bahan-bahan untuk hiasan:

2 biji telur - diambil kuningnya sahaja
Sedikit badam - dicincang

Cara menyediakan:

1. Putarkan mentega, crisco, telur, esen kopi dan pes coklat hingga sebati.

2. Masukkan bahan-bahan kering yang lain dan gaul hingga sebati.

3. Canai doh setebal 7 mm.

4. Kemudian terapkan dengan acuan mengikut bentuk kesukaan anda.

5. Sapukan kuning telur di atas biskut yang sudah diterap tadi.

6. Selepas itu, taburkan badam cincang di atasnya.

7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius selama 15 hingga 20 minit atau sehingga ia masak.

Daftar Masuk