Krismas istimewa di Hotel Nikko
Hotel Nikko Kuala Lumpur mengadakan festival istimewa sempena kedatangan Hari Krismas nanti. Sesuailah kalau ada orang Malaysia yang mahu meraiakan sambutan di hotel itu.
Di Toh Lee Chinese Restaurant, Ketua Chef masakan Cina, Chef Chan menyediakan tiga set menu berbeza yang mengandungi lapan course bagi memeriahkan sambutan.
Jadi, sama ada makan malam syarikat atau reunion keluarga dan kawan-kawan, bolehlah membuat tempahan sekarang untuk meraikan masa indah nanti.
Antara menu istimewa ialah yee sang sayuran atau jellyfish, ayam tulang hitam, gulai ayam tua, sup sirip jerung, isi ketam, ayam stim dan banyak lagi.

Harga pada RM588.00++, RM688.00++ dan RM888.00++ untuk satu meja untuk sepuluh orang. Tempahan minimum untuk tiga meja atau 30 orang. Untuk tempahan boleh hubungi talian 03-27826128.
Serena Brasserie juga turut mengadakan festival istimewa bermula menjelang Krismas hingga ke tahun baru. Serena Brasserie akan ada aktiviti berterusan.
Antara juadah istimewa ioyster shooter, roasted prime rib of beef, roasted turkey with sage and chestnut stuffing dan lain-lain.
Jangan lupa pemanis mulut Warm Christmas Pudding, Yulelogs, Gingerbreads, Christmas Pralines dan pelbagai pilihan lagi.
Pra Krismas buffet untuk makan tengah hari dan malam bermula 7 hingga 23 December dengan RM98.00++ seorang. Bufet makam malam pada malam Krismas pada 24 Desember juga dengan RM98.00++.
Istimewa hi tea pada Hari Krismas, pengunjung berpeluang memenangi hadiah istimewa dengan hanya membayar RM68.00++ (dewasa) dan RM40.00++ (kanak-kanak 3-12 tahun).
Makan malam pada malam tahun baru pula dengan harga RM108.00++ seorang. Untuk tempahan boleh hubungi 03-27826228.
Benkay Japanese Restaurant juga turut mengadakan festival. Untuk tempahan boleh hubungi 03-27826118 sementara untuk tempahan makan di The Deli boleh hubungi 03-27826244.

| < Prev | Next > |
|---|


