1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Buku masakan istimewa

User Rating: / 16
PoorBest 

Oleh: ROSMARLINDA KAMARUDIN

Image
Terlancar sudah buku masakan.

Dapatkan buku-buku masakan istimewa terbaru terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. (UP&D), anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. antaranya  Hidangan Tradisi Pulau Pinang, Biskut Klasik, Kek & Puding, Kek Lapis Sarawak, Biskut & Kuih dari Sarawak, Masakan Nyonya Melaka, Kek Istimewa Bersalut Krim, Fondant & Coklat, Mudah Membuat Kek: Bila-bila Masa dan Masakan Thai: Sihat dan Mudah yang kini sedang hangat  di pasaran.

Majlis pelancaran 9 judul buku masakan istimewa ini telah disempurnakan oleh  Yang Di Pertua Puspanita Kebangsaan YBhg Puan Sri Wan Norlina Wan Hussein di Kelab Darul Ehsan, Ampang, baru-baru ini. Serentak dengan itu, turut diadakan Majlis Sumbangan Buku Sempena Bulan Syawal dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UP&D.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makarudin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd Nasir Ali dan Pengarah Eksekutif, UP&D, Roselina Johari. Jika berminat bolehlah dapatkan buku-buku ini yang dijual pada harga RM34 hingga RM50 senaskah di kedai-kedai buku terpilih di seluruh Malaysia atau boleh juga membuat pesanan dengan melayari www.mybooks.com.my. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan buku-buku ini sila hubungi Azizah Rashidi atau Ann Fara, di Jabatan Pemasaran UP&D di talian 03-92856577.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk